“Awhh..awhhh…ala comel”- Uqasha Senrose Tertunduk Malu Tersasul Panggil Kamal Adli ‘Sayang’ Di Live TV

Program Lagu Cinta Kita musim ketiga telah pun membuka tirai dengan episod pertama 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton mengikut sumber Nielsen.

Menggandingkan Kamal Adli dan Ain Edruce, keserasian sebagai host di atas pentas sering sahaja membuatkan ramai terhibur kerana ini adalah kali pertama kemunculan mereka bersama dalam dunia pengacaraan.

Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan persembahan istimewa lagu ‘Dia’ daripada dua selebriti berkenaan.

Meskipun kedua-duanya bukanlah seorang penyanyi profesional, namun paduan suara mereka boleh dikatakan sedap telinga mendengar selama seminit lebih melontarkan vokal.

Beralih kepada giliran Uqasha Senrose bercakap pula, siapa menduga dia ibarat menahan malu selepas tersasul memanggil Kamad Adli dengan gelaran ‘sayang’. Sedar sudah terlepas cakap, dia segera tunduk menahan malu manakala Ain Adruce pula cuba mengawal keadaan dengan baik.

@eitasuzy Tak pelh sayang😝😝😝 #fyp #foryoupage #kamaladli #uqashasenrose ♬ original sound – Kuya Ahdjz

Tunduk Tahan Malu…Ala comel Cik Tunang tersasul pulak

Rata-rata penonton yang melihat juga merasa terhibur dengan dialog spontan Uqasha. Malah ada yang sempat berseloroh Kamal Adli mungkin sudah berbunga-bunga saat mendengar panggilan ‘Sayang’ tersebut.

Lagu Cinta Kita musim ketiga kali ini diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Saharudin sebagai penerbit.

Program ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam dan boleh terus distrim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Sumber : TikTok Eita Suzy & YouTube TV3MALAYSIA official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*