Ibu tak percaya 3 doktor kata telinga anak ada jangk1tan kum4n, tapi nalurinya terbukti tepat – “Doktor cakap puan betul”

NALURI seorang ibu jarang tak tepat.

Justeru, apabila Nor Insah dimaklumkan bahawa telinga anaknya berkemungkinan mengalami jangk1tan, dia berusaha untuk mendapatkan pandangan kedua.

Ini kerana jauh di sudut hati kecilnya, ibu ini percaya anaknya itu mungkin telah memasukkan sesuatu ke dalam telinganya.

Bercakap kepada mStar wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Insah itu berkata, semuanya bermula apabila dia ternampak cec4ir keluar dari telinga kanan anaknya, Rizq.

Hasil pemeriksaannya kemudian mendapati ada sesuatu yang berwarna putih di dalam telinga anaknya yang baru berusia dua tahun tiga bulan itu.

“Jadi akak bawa Rizq ke klinik berdekatan, doktor periksa dan cakap ada inf3ction kesan dari selesema tapi akak berker4s nak refer ke hospital sebab akak rasa benda putih tu bukan infection tapi benda as1ng yang dia masukkan dalam telinga,” katanya yang menetap di Puchong, Selangor.

Affan sebelum itu mengalami sel3sema berpanjangan.

Menurut Insah dia kemudiannya membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta namun jawapan yang diterimanya tetap sama.

“Tapi masa tu akak masih tak sedap hati, akak cakap macam mana kalau ada benda lain dalam telinga jadi doktor refer anak akak ke pakar telinga, hidung dan tekak.

“Kemudian pakar tu pun cakap maybe inf3ction, sama macam apa yang doktor-doktor sebelum ni beritahu.

“Tapi oleh sebab akak ni ri1sau juga jadi doktor pun vacvum telinga Rizq,” katanya.

Menurut Insah, kata hatinya akhirnya ternyata tepat apabila doktor berjaya membawa keluar sebiji kacang tanah dalam dari telinga anaknya.

“Lepas vacvum tu doktor cakap puan betul bukan inf3ction tapi benda as1ng dalam telinga.

“Masing-masing syukur sangat, kalau tak kena on antib1otik dan makan ub4t,” katanya yang bekerja sebagai seorang eksekutif perakaunan.

Kacang yang dijumpai dalam telinga Affan.

Menurut Insah, doktor menganggarkan kacang tersebut mungkin sudah berada dalam telinga Rizq sekitar satu ke dua minggu.

“Rizq tak boleh bercakap lagi cuma dia akan masukkan jari dalam telinga jadi bila dia tidur akak periksa.

“Itu yang nampak putih-putih.

“Akak rasa mungkin dia ambil dari dapur sebab dia dah pandai buka children lock dekat almari dapur,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : slambermedia.bbn.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*