Home Petua Tips ‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli

‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli

241
0

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pihak bank dan institusi kewangan di negara ini bersetuju melupuskan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli bagi kedua-dua sistem konvensional dan syariah.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing.

Ini termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Beliau berkata, maklumat lanjut, boleh didapati daripada bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Sumber Malaysiakini

Previous article‘Akhirnya Dari Bangsal Tepi Reban Ayam Ke Rumah Flat’ Pindah Jua Pakcik Ini Sekeluarga
Next articleWah… Taiwan, Korea, Vietnam Turut Amalkan Kaedah Malaysia Tangani COVID-19 & Mereka Berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here