Home Petua Tips ‘Akhirnya Dari Bangsal Tepi Reban Ayam Ke Rumah Flat’ Pindah Jua Pakcik...

‘Akhirnya Dari Bangsal Tepi Reban Ayam Ke Rumah Flat’ Pindah Jua Pakcik Ini Sekeluarga

324
0

Benar kata Ustaz Ebit Lew .. bagaimana kita hendak tidur lena sedangkan kita nampak di depan mata .. ada insan yang tidurnya dalam keadaan perut yang lapar dan kesejukan ditimpa hujan…

Inilah nasib Hamba Allah ini. Tempat tinggalnya betul-betul sebelah reban ayam. Lebih sed1h, reban ayam itu sendiri lebih cantik dari tempat tinggalnya. Saat pertama kali melihat gambarnya di dalam reban itu, Kak Pah kira dia pendatang asing.

Setelah bertemu dengan dia pula … Kak Pah kira dia orang salah yang dihuk0m buang daerah. Rupanya kedua-dua andaian itu tidak benar sama sekali. Dia memang berasal dari situ. Dia tinggal di reban itu atas pelawaan sahabatnya, “tuan tanah” yang dia tumpang sekarang. Sahabatnya juga bukanlah tuan tanah sebenar … menumpang juga di tanah milik saudara mara.

Pernah mendirikan rumah-tangga dan ada anak … Hamba Allah ini pernah tersesat jalan. Namun itu kisah hidupnya yang tidak layak untuk kita menilai jauh sekali menghukom. Siapalah kita untuk mencemoh dia sedangkan kita sendiri juga belum pasti bagaimana penghujung nasib perjalanan hidup kita.

Tidak sampai hati sungguh melihat dia di dalam reban yang sempit dan rendah sehingga dia terpaksa membongkokkan tubuh. Hanya ada sekeping papan untuk dia berbaring sahaja. Mujurlah reban ini di bawah pohon yang tinggi dan rendang. Setidaknya tidaklah dia kepanasan.

Keperluan bilik air .. dia menumpang di rumah sahabatnya yang bersebelahan saja. Makan minumnya sejak PKP ini juga atas ehsan sahabatnya. Sudah berbulan dia di situ. Katanya .. sebelum ini, dia mencari nafkah dengan menjual daun rokok.

Sungguh tidak sampai hati membiarkan dia terus hidup begitu. Kita berhasrat untuk mendirikan sebuah pondok yang lebih selesa buat dia apatahlagi dalam keadaan sekarang yang musim hujan sudah bermula.

Rundingan orang tengah dengan tuan tanah, beliau bersetuju untuk kita mendirikan pondok yang seadanya untuk Hamba Allah ini. Syarat utamanya … tidak boleh mendirikan binaan kekal. Alhamdulillah .. kita sambut keizinannya dengan penuh rasa syukur.

Kita akan mulakan kerja mendirikan pondok ini secepat mungkin. Biarpun kelak pondok itu mungkin tidak diterangi cahaya lampu neon, tidak mengapalah asalkan cukup ruang untuk dia bangun dan berdiri tegak dan menunaikan solat.

Mudah-mudah dengan itu, kita tidak akan dipertanggung-jawabkan lagi di akhirat kelak. Doakanlah urusan ini dipermudahkan Allah…

Update terlatest…

Kisah Pak Cik yang hidup sendirian di reban ayam ini sampai ke pengetahuan. Hasil ziarah .. sungguh menyed1hkan kerana Pak Cik sudah berbulan-bulan hidup di reban yang lebih dha1f dari reban ayam di sebelahnya.

Reban ayam di sebelah Pak Cik lebih tinggi dan ada halaman yang luas. Sedangkan reban Pak Cik rendah dan sempit. Laksana kondominium dengan setinggan bezanya…

Semasa bertemu Pak Cik , tuan tanah yang Pak Cik tumpangi itu menyatakan persetujuan untuk kita membantu Pak Cik agar dapat terus tinggal di situ tetapi dengan satu syarat, membina bangunan kekal tidak dibenarkan.

Kita berusaha mencari rumah sewa untuk Pak Cik kerana apa pun langkah selanjutnya, Pak Cik mesti berpindah dari situ terlebih dahulu. Tak sampai hati melihat Pak Cik terus tidur berselimutkan tempias hujan di tengah malam yang dingin.

Kisah Pak Cik juga telah sampai ke pengetahuan pihak masjid. Pihak masjid mencadangkan agar Pak Cik ditempatkan di rumah orang tua-tua JKM. Tetapi PKP, pengambilan tidak dibuat buat sementara waktu dan sehingga tempoh itu, Pak Cik tetap kena berpindah terlebih dahulu.

Mujurlah ada sahabat kita di sini ada satu unit rumah flat yang kosong. Rumah kepunyaan anaknya itu baru saja dikosongkan apabila anaknya berpindah. Beliau sudi menumpangkan Pak Cik buat sementara waktu di rumah anaknya itu.

Hari ini, bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah , Pihak Masjid dan JKM, turun untuk menguruskan perpindahan Pak Cik. Mendengar nama JKM, Pak Cik yang sudah berusia 66 tahun itu enggan berpindah.

Pak Cik bimbang JKM akan menjejak anak-anak Pak Cik. Pak Cik tidak sanggup memalukan anak-anak. Pak Cik takut anak-anak dimar@h majikan mereka. Begitulah kasih seorang ayah .. kepentingan dirinya bukan keutamaan lagi.

“ Kalau Pak Cik terus di sini, Pak Cik akan tetap memalukan anak-anak Pak Cik nanti. … “

Akhirnya Pak Cik sudi pindah setelah permintaan Pak Cik untuk sebuah rumah kontena di tanah milik sahabatnya ini, kita persetujui setelah mempertimbangkan keadaan Pak Cik yang masih sihat tubuh badan.

Pak Cik tunjukkan daun nipah yang Pak Cik jemur kering untuk dijadikan daun rokok kepada kita sebagai bukti Pak Cik memang menjual daun rokok. Pelanggan Pak Cik terdiri dari penduduk tempatan yang datang membeli.

“ Pak Cik jangan risau .. kami akan uruskan nanti. Pak Cik pindah dulu. Sekarang musim hujan.. nanti demam kena hujan lagi susah .. “ Alhamdulillah .. Pak Cik selamat berpindah ke rumah sementaranya tadi. Semoga urusan kita yang selanjutnya untuk Pak Cik akan dipermudahkan. Terima kasih semua ..

kredit islamikmedia.com

Sumber : Natipah Abu

Previous articleWak Doyok Berdepan Denda Setengah Juta Isu ‘Cincin’ Tapi Dia Tak Mengaku Salah
Next article‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here