Home Petua Tips Percaturan polit1k tak diduga oleh Tun M. Mukhriz & Tun M bakal...

Percaturan polit1k tak diduga oleh Tun M. Mukhriz & Tun M bakal dipec4t

290
0

TIDAK sampai tiga bulan tempoh pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), dunia politik negara kembali bergolak.
Agak mengejutkan apabila kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap berjaya menjalankan urus tadbir kerajaan dengan begitu baik termasuk dalam menangani ancaman pandemik Covid-19, kini boleh diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’.

Masakan tidak, dalam tiga hari lalu, negara digemparkan dengan berita Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin menjelang persidangan Parlimen yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Usul berkenaan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu dikec4m sebahagian besar rakyat negara ini dan disifatkan sebagai tidak kena pada masanya.

Tindakan itu turut dianggap langkah terdesak Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kembali tampuk kepimpinan kerajaan meskipun negara sedang menghadapi cabaran lebih getir iaitu ancaman Covid-19 dan kegawatan ekonomi.

Langkah terkini Dr Mahathir itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi Anwar sudah memberi jaminan bahawa PH tidak akan mengemukakan sebarang usul undi penentuan keyakinan (vote of confidence) terhadap Muhyiddin pada sidang Parlimen 18 Mei nanti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah menegaskan Umno tidak pernah menyertai PN, sebaliknya hubungan dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri PH.

Pergolakan semakin sengit dengan Bersatu berdepan krisis politik dalaman yang meruncing dan ia kini berpecah kepada dua kem iaitu kem Muhyiddin dan kem Dr Mahathir.

Pergolakan

Drama pergolakan dalaman Bersatu menjadi lebih menarik apabila Ketua Penerangan parti itu, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa Dr Mahathir turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar daripada PH sebelum mengubah fikiran pada saat akhir.

Krisis itu menjadi semakin parah apabila terdapat desas-desus Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu akan membuat keputusan memecat Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu mesyuarat tertutup yang dipercayai akan diadakan hari ini.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau merasakan kemelut kedua-dua kem itu memang sukar untuk dicari jalan penyelesaian dengan pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada mesyuarat Bersatu hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin veteran dalam politik negara, tindakan Dr Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin perlu ditangani oleh Presiden Bersatu dengan langkah berhati-hati dan tidak berlandaskan emosi.

“Saya percaya sebagai pemimpin veteran politik, Dr Mahathir lebih mengetahui mengapa usul undi tidak percaya kepimpinan Muhyiddin dikemukakan pada saat ini.

“Soal sama ada untuk meruntuhkan legitimasi moral Muhyiddin atau beliau melihat ia peluang terbaik untuk mengambil alih kuasa politik negara susulan gabungan kerjasama dengan Anwar akan memberi angka sokongan ahli Parlimen mencukupi, itu akan terjawab di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.

“Di sebalik kemungkinan usul undi tidak percaya itu berkemungkinan tidak dibentangkan pada 18 Mei ini, budi bicara Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak boleh ditolak sama sekali.

Sekiranya semua ahli Parlimen PH bertindak mendesak usul itu dibentangkan, tidak mustahil ia akan berlaku,” katanya mengenai kecenderungan politik Dewan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 222 orang.

Bagaimanapun, Dr Sivamurugan berkeyakinan Muhyiddin juga sudah mempunyai perancangan rapi dalam menghadapi strategi politik sukar diduga daripada Dr Mahathir yang kini telah memperoleh sokongan Anwar dan pemimpin PH.

Giliran Muhyiddin catur langkah isu usul tak percaya

Pemerhati parlimen Ong Ooi Heng percaya kini giliran Muhyiddin Yassin untuk memutuskan langkah seterusnya susulan pengumuman oleh Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri itu yang difailkan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Ong berkata bahawa usul tidak percaya pasti akan disenaraikan dalam Kertas Aturan Urusan Mesyuarat pada sidang parlimen satu hari yang akan diadakan pada 18 Mei.

Namun, agenda Kertas Aturan Urusan Mesyuarat itu akan diputuskan oleh Muhyiddin sebagai Ketua Dewan sendiri.
Maka, usul Mahathir mungkin tidak akan dibahaskan di parlimen kerana ia adalah usul ahli persendirian, kata Ong ketika dihubungi Malaysiakini.

Ong yang juga bekas ketua penyelaras Majlis Backbenchers (BBC) mengatakan bahawa kemungkinan mengemukakan usul persendirian sangat bergantung pada kehendak Ketua Dewan.

Menurut Ong, dua senario mungkin berlaku.“Pertama, jika Muhyiddin tidak berniat untuk menangani perkara ini, maka kerajaan mungkin mengakhiri persidangan parlimen setelah mereka menyelesaikan perkara berkaitan kerajaan.

“Kedua, jika beliau ingin mengemukakan perkara itu, beliau boleh menetapkan usul itu dibentangkan sebelum atau sesudah perkara berkaitan kerajaan.

“Oleh itu, isu utamanya sekarang ialah apakah Muhyiddin bersedia untuk menangani sokongan (undi) di Parlimen. Sekiranya tidak, beliau pasti akan mengenepikan usul itu,” kata Ong.

Menurut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen akan mengutamakan urusan kerajaan semasa persidangan sebelum menyentuh isu lain.

Semalam, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan juga menekankan bahawa hanya urusan kerajaan yang akan diutamakan dalam persidangan satu hari itu.

Bagaimanapun, Ong percaya bahawa Muhyiddin bersedia berdepan ujian itu kerana beliau dilaporkan akan menemui Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

 

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan beberapa perkara terutama berkaitan dengan persidangan parlimen.

“Beliau (Muhyiddin) memilih untuk bertemu dengan mereka (Zahid dan Abdul Hadi) sebelum persidangan. Saya rasa beliau sudah bersedia berdepan usul itu.

“Jika beliau dapat sokongan daripada mereka, saya rasa beliau akan berdepan dengan usul itu,” kata Ong.

Jelas Ong, sekiranya Dewan Rakyat meneruskan undian usul tidak percaya itu, ia akan mengesahkan kedudukan Muhyiddin dan kerajaannya, selaian secara teorinya akan memastikan tempoh memegang jawatan hingga pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi jika beliau gagal (menang undian), beliau harus mengadap Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin dan meletakkan jawatan.

“Beliau juga boleh menyarankan pembubaran Parlimen dan ini akan menyebabkan pilihan raya umum (awal),” kata Ong.
Namun, kata Ong, sekiranya Agong tidak setuju dengan pembubaran parlimen, maka pembangkang berpeluang membentuk kerajaan dan mencalonkan perdana menteri baru.

Menurut Ong, terdapat tiga entiti yang memutuskan pembentukan kerajaan baru – parti politik, Agong dan Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai usul tergempat untuk memutuskan sama ada akan melanjutkan sidang parlimen pada 18 Mei hingga lapan hari, Ooi menegaskan bahawa perkara itu harus dibincangkan pada hari yang sama.

“Sekiranya semua orang bersetuju mengenai hal ini, persidangan parlimen akan berlangsung selama dua minggu, iaitu empat hari seminggu,” kata Ong yang juga merupakan kolumnis Malaysiakini versi bahasa Cina.

Pada pandangan Ooi, usul yang dikemukakan oleh Mahathir, Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Kong dan Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal adalah tindakan kolektif yang dirancang dengan teliti.

“Itulah sebabnya speaker menangani usul secara serentak dan hanya menerima usul tidak percaya,” jelasnya

 

Sumber : Malaysiakini

Previous articleMinggu2 kritlkal untuk kita, jika gagal, PKPD akan dilaksanakan…” -PM
Next article“Kau Tak Payah Jadi Malaikat Catat Dosa Aku” – Fara Mendoza Kecewa Tegvran Terbuka PU Syed, Anggap Memalukannya Di Sosial Media

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here