Home Petua Tips “Ayah aku meningg4l dunia time aku kuarantin, aku x dpt balik” –...

“Ayah aku meningg4l dunia time aku kuarantin, aku x dpt balik” – Pemuda Buat Laporan Polis Isu Menteri Langgar SOP Kuarantin

271
0

Berikutan isu Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali  kerana tidak mematuhi peraturan kuarantin Covid-19 yang wajib dilakukan selepas perjalanannya ke Turki, itu mengundang kemar4han rakyat Malaysia sehinggat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu di Petaling Jaya semalam.

Pemuda yang dikenali sebagai Mohd Aslam bin Ahmad Ramli menzahirkan rasa terkilannya dengan tindakan ‘sembrono’ menteri melanggar SOP. Ini kerana Aslam sendiri menjalani kurarantin mandatori 14 hari walaupun keputusan ujian itu negatif.

Disebabkan itu, Aslam ada kongsikan surat arahan KKM agar dia menjalani kuarantin di akaun Twitternya.

Ayah meningg4l dunia masa tempoh kuarantin

Apa yang memeritkan bagi Aslam adalah, sepanjang tempoh 14 hari itu dia telah kehilangan orang tersayang, namun disebabkan atas arahan perintah kerajaan dia terpaksa akur untuk tidak keluar dan tidak berpeluang untuk jenguk arwah ayahnya buat kali terakhir.

 

 

 

Aslam menjelaskan bahawa benar-benar terkilan dengan sikap menteri yang bersikap tidak serius terhadap perintah kuarantin Covid-19 yang wajib memandangkan golongan itu sebagai penggubal undang-undang dan wakil rakyat, Khairuddin seharusnya memberikan contoh yang baik kepada rakyat.

Dalam laporan polis, Aslam menulis,

“Sebagai warganegara Malaysia, saya telah mengikuti masa perintah mandatori kurarantin dan sangat merasakan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap menteri demi kesihatan awam dan untuk membantu barisan hadapan dalam pertempuran mereka melawan virus Covid-19.”

Malah, Aslam juga merujuk pemilik Nasi Kandar dalam kluster Sivagangga dan kejadian ‘Mak Cik gelang pink’ di mana kedua-duanya pada mulanya diuji negatif untuk Covid-19 tetapi ujian kedua mendapati mereka membawa virus. Lapor WORLD OF BUZZ.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab dan melanggar perintar kuarantin dan membuat orang  Malaysia yang berada dalam hubungan dekat dengan mereka terdedah kepada virus tersebut.

Aslam berharap bahawa menteri tersebut dijatuhkan hukuman yang sama dengan kedua-dua kes yang disebutkan, di mana kesalahan itu serupa: tidak mematuhi perintah wajib kuarantin.

Laporan polis dibuat pada jam 4.50 petang pada 19 Ogos 2020 (Rabu) di Balai Polis Sea Park, Kelana Jaya. Aslam diiringi oleh Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tuan, Edry Faizal dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Sumber : lobakmerah

Previous article“Walau Pipi Saya Bernanah Kenapa Saya Upload Dan Share..”Walau Org Ketawa Tapi Safiey Illias Luah Sebabnya
Next article‘Kerana Musang King’ Mohon Bantuan Tuanku

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here