Home Petua Tips ‘Kurang Sopan’ Pada Agong , Xavier Tak Belajar Rukun Negara?

‘Kurang Sopan’ Pada Agong , Xavier Tak Belajar Rukun Negara?

372
0

Tak layak jadi wakil rakyat, jangan undi ‘dia’ PRU akan datang

Rakyat diminta tidak mengundi Datuk Dr Xavier Jayakumar – yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur pengh1naan dan pr0vokasi terhadap sidang Parlimen – sebagai wakil rakyat dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

Pengerusi Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, bukan sahaja Ahli Parlimen Kuala Langat itu, bahkan sesiapa sahaja daripada parti yang sama dengan Xavier iaitu PKR.

Tegasnya, sikap b1adab terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi seorang warganegara adalah suatu yang tidak boleh dibiarkan. “Justeru, tindakan tegas mesti diambil supaya menjadi pengajaran untuk dirinya dan juga orang lain.

“Apakah dia (Xavier) tidak belajar dan tidak tahu mengenai Rukun Negara. Xavier kena masuk sekolah semula (bukan UEC), supaya hatinya menjadi ‘putih’ terhadap tanggungjawab sebagai warganegara.

“Mengatakan titah Agong dalam sidang Parlimen sebagai sampah dan tidak berguna jelas bahawa dia tiada kesetiaan kepada raja. “Bacaan sumpahnya ketika dilantik sebagai Ahli Parlimen yang sah dihadapan Baginda adalah bukti hatinya masih hitam,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, satu rakaman video tular memaparkan Xavier menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sidang Dewan Rakyat mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 dengan menyifatkan ia sebagai ‘sampah’.

Menerusi rakaman selama hampir tiga minit itu, beliau berkata Sidang Dewan Rakyat ‘tidak berguna’ kerana hanya dibenarkan berlangsung satu jam, sebelum semua ahli Parlimen diarahkan pulang selepas mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan pandemik COVID-19.

Tindakan b1adab Ahli Parlimen Kuala Langat itu menerima kec4man dari ramai pihak susulan berpandangan ia seolah-olah menghina institusi diraja. Pihak polis kini giat melakukan siasatan berhubung kes berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Tonton video Datuk Dr Xavier Jayakumar, Mantan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli PH berkata..

“This Parliament will be rubbish (sampah)” “This Parliament sitting is worthless (tidak berguna)”

Sementara itu laporan daripada daripada Harian Metro menyebut…

Bukit Aman siasat kenyataan Dr Xavier

Sebanyak  33 laporan polis diterima berhubung dakwaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur h4sutan dan pr0vokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedang giat menyiasat kes membabitkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita terima 33 laporan itu di seluruh negara setakat ini. Siasatan sedang dijalankan (membabitkan kenyataan Dr Xavier),” katanya ketika dihubungi, hari ini. Sebelum ini, menerusi satu video berdurasi hampir tiga minit, Xavier menyifatkan persidangan berkenaan sebagai sampah dan tidak berguna.

Xavier dilaporkan berkata, Ahli Parlimen cuma berada sejam sahaja di Dewan Rakyat untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan Covid-19.

Sumber : Islamikmedia

Previous article‘Ada yang berniat j4hat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting’ – Tun M
Next article‘Semoga Mendapat Bal4san Atas Kejah4tan Kamu’ – Netizen Mohon Nazim Othman Taub4t

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here