Home Petua Tips “Covid-19 belum ada penawar, datang pula wbak kemaruk kuasa” – Ustaz Kazim

“Covid-19 belum ada penawar, datang pula wbak kemaruk kuasa” – Ustaz Kazim

1688
0

Penceramah bebas, Dato’ Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kesal terhadap situasi politik yang berlaku ketika ini walaupun negara sedang sibuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook miliknya, beliau menyangka ahli politik dapat bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ingatkan dalam menghadapi Covid-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya..
“Bekerjasama semua supaya Covid-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.
“Rupa-rupanya tidak.. orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu.. semak jadinya.. sedih terasa dihati.. apa nak jadi ni?,” tulisnya.

Sekadar Foto Hiasan

Tambah beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, situasi tersebut disifatkan sebagai ‘wabak kemaruk kuasa’ malah hanya kematian yang boleh menjadi penawar.

“Wbak yang dok ada belum ada penawar.. datang pulak satu lagi wabak.. wabak kemaruk kuasa.. yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kem4tian,” luahnya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous articleNasib Penjaja Lagi Penting, Yg Kena Pecat Dah Kaya Raya, Naik Jet Persendirian – Annuar Musa
Next articleWarga asing ‘tak makan s4man’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here