Home Petua Tips Benarlah ‘masin mulut’ ibu! Bab4k nikah olok-olok dalam video tugasan Leftenan Adnan...

Benarlah ‘masin mulut’ ibu! Bab4k nikah olok-olok dalam video tugasan Leftenan Adnan jadi realiti selepas 7 tahun

78
0

SIAPA sangka mulanya bernikah secara olok-olok, akhirnya perkahwinan itu menjadi realiti.

Begitulah yang dialami dua rakan sekelas yang bertemu jodoh selepas beberapa tahun berlakon sebagai suami isteri untuk satu tugasan di universiti.

Menerusi laman sosial, seorang wanita berkongsi satu video yang memaparkan sedutan rakaman seperti satu majlis akad nikah di mana dirinya merupakan pengantin.

Wanita berkenaan, Nor Syakir0h Ismail berkata, dia dan suami yang merupakan bekas rakan sekelasnya, Mohamad Norhaswandi Md Nadzir, 27, berkahwin pada 4 Mac lalu.

nikah olok olok 3

Menurutnya, video itu dirakam ketika mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah pada 2015.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, dia bersama rakan-rakan sekelas dikehendaki melakukan tugas secara berkumpulan dengan menghasilkan video bertemakan kemerdekaan.

“Saya bersama tiga rakan mengangkat kisah perjuangan Leftenan Adnan Said yang merupakan wira yang menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

“Dalam video itu, kami turut memasukkan babak daripada filem Leftenan Adnan, yang menunjukkan Leftenan Adnan berkahwin,” katanya kepada mStar, yang merujuk kepada filem arahan Aziz M. Osman, lakonan Hairie Othman dan Datin Paduka Umie Aida.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Syakir0h (kanan) dan suami bernikah pada 4 Mac 2022.

Lebih mesra disapa Syakir0h, dia yang juga berusia 27 tahun bagaimanapun menjelaskan ketika itu dia dan suaminya hanya sekadar rakan sekelas.

“Tak lebih daripada itu, saya cuma anggap dia sebagai rakan sekelas je. Jujurnya, masa tu kalau boleh saya tak nak bercinta dengan rakan sekelas.

“Pemilihan suami melakonkan watak Leftenan Adnan dan saya memainkan peranan sebagai isteri, Sophia Pakih Muda pun dilakukan secara spontan.

“Sebenarnya boleh saja kami letak keterangan Leftnan Adnan berkahwin di video, tapi kami mahu menjadikan content lebih menarik,” ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

nikah olok olok 5

Syakir0h (kiri) dan Norhaswand ketika majlis konvekesyen bagi pengajian Diploma.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, hubungan mereka mulai rapat selepas menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di universiti sama.

“Tapi kami bukan rakan sekelas sebab suami sambung degree satu semester lewat daripada saya. Mungkin masa degree bukan sekelas, itu yang kami boleh rapat dan terus bercinta.

Bila saya bawa dia kenalkan sebagai boyfriend pada mak ayah, mak boleh ingat lagi dia lelaki yang berlakon nikah dengan saya dalam video assignment tu.

NOR SYAKIr0h ISMAIL

“Dia seorang yang caring dan soft spoken. Dia approach saya pun tak gelojoh, slowly bermula sebagai kawan,” katanya sambil menambah suaminya yang berasal dari Sungai Petani merupakan pengurus cawangan kedai serbaneka.

Mengimbas kembali, Syakir0h yang bertugas sebagai kerani berkata, dia pernah menunjukkan video tugasan tersebut kepada ibunya sebaik ia disiapkan.

nikah olok olok 4

Dari sekelas, pasangan ini kini bergelar suami isteri.

“Saja nak tunjuk yang ada babak saya berlakon kahwin. Mak kata berlakonlah kahwin, nanti betul-betul kahwin… memang ‘masin mulut’ mak.

“Paling terkejut bila saya bawa dia kenalkan sebagai boyfriend pada mak ayah, mak boleh ingat lagi dia lelaki yang berlakon nikah dengan saya dalam video assignment tu.

“Tiga bulan sebelum kahwin, baru teringat semula pasal video tu. Bila difikirkan balik masa berlakon tu memang nak tergelak, malu pun ye sebab kami rakam di luar Pusat Islam UiTM jadi orang lalu lalang tengok. Tak sangka betul-betul kahwin, Alhamdulillah,” katanya yang berbulan madu di Melaka dan Cameron Highlands, baru-baru ini.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleTerima Banyak Kata2 Pos1tif, Faizal Tahir Rasa Selesa Dikurniakan ‘Anak Syurga’
Next article“Kita Sama!” – Aksi Zarina Anjoulie Duduk Atas Lantai Di Pasaraya Buat Netizen Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here