Home Petua Tips “Berat cecah 600kg,” – Tukang besi hasilkan replika gajah guna alat ganti...

“Berat cecah 600kg,” – Tukang besi hasilkan replika gajah guna alat ganti terbuang

85
0

Kemahiran pertukangan besi yang dimiliki lebih 17 tahun menjadi pencetus kepada kebolehan menghasilkan replika gajah seberat 600 kilogram menggunakan pelbagai alat ganti motosikal dan kereta terbuang.

Bahan besi buangan yang turut digunakan termasuk spanar boleh laras, playar, parang, pisau menoreh getah, penutup tangki minyak dan pelapik skru.

Walaupun tanpa kemahiran khusus menghasilkan replika berkenaan namun bukan penghalang kepada Mohd Norazly Mohammad, 40 untuk menyahut cab4ran rakan bagi menghasilkan seni kreatif terbabit untuk dijadikan bahan pameran di Taman Tema Kubang Gajah, Temerloh.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga minggu untuk menghasilkan replika terbabit yang dibahagikan kepada empat peringkat, pertama membuat lakaran di atas lantai dan kertas, kedua membentuk rangka menggunakan besi bulat R6 dan R10 dan melekatkan bahan terbuang seterusnya mengecat.

Katanya, dia mengambil masa seminggu untuk menghasilkan rangka replika gajah dengan ketinggian kira-kira 2.1 meter dan proses cantuman 100 peratus menggunakan kimpalan jenis Arka Tungsten Gas Lengai (TIG).

“Selepas rangka terbentuk proses seterusnya melekatkan bahan terbuang, 80 peratus saya menggunakan pelbagai alat ganti motosikal dan kereta bersaiz kecil serta sederhana yang diperbuat daripada besi.

“Paling banyak digunakan ialah alat ganti motosikal seperti rantai, tongkat, spoket dan giar pijak. Alat ganti kereta antaranya pelapik dan komponen berek dan kereta.

“Saya menggunakan lebih 500 kilogram besi terbuang yang dibekalkan oleh beberapa rakan yang diperoleh daripada bengkel kenderaan di Temerloh,” katanya yang menetap di Felda Lepar Hilir Dua di sini.

Dia berkata, tidak dinafikan perasaan berdebar sentiasa bermain dalam diri sepanjang proses menghasilkan replika gajah berkenaan, bimbang usaha yang dilakukan tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan kerana kali menghasilkan produk berkenaan.

Mohd Norazly berkata, sebelum ini dia hanya terbabit menghasilkan peralatan perkilangan dalam sektor perladangan kelapa sawit termasuk rangka traktor, semua kerja berkenaan boleh dikatakan kasar dan menggunakan kimpalan jenis arka.

Katanya, untuk menghilangkan debaran sepanjang kerja menghasilkan replika berkenaan dia seolah bersembang dengan replika gajah itu, kaedah pertama kali digunakan itu dianggap berjaya walaupun kelihatan agak kurang sesuai.

Menurutnya, dalam tempoh tiga minggu dia bekerja setiap hari antara lapan hingga 10 jam, pelanggan yang ingin segera replika terbabit disiapkan bagi tujuan pameran memaksa dia memberi sepenuh tumpuan dengan kerja berkenaan hingga lewat malam.

“Untuk menghasilkan replika gajah terbabit saya turut mendapat bantuan daripada enam rakan, mereka membantu mendapat alat ganti motosikal dan kereta terpakai selain turut berkongsi idea bagi memberi hasil yang paling memuaskan.

“Buka mudah menghasilkan replika gajah berkenaan, ia memerlukan kemahiran, kesabaran dan kesungguhan kerana ini kali pertama saya diberi tanggungjawab yang begitu menc4bar itu.

“Untuk memberi hasil yang lebih menarik dan kemas serta kelihatan cantik saya menggunakan cat jenis pengilat atau 2K yang disembur sebanyak dua liter, kaedah berkenaan dapat memberi lebih ketahanan,” katanya.

Mohd Norazly berkata, kos menghasilkan replika gajah berkenaan antara RM10,000 dan RM15,000, faktor harga besi yang mahal kini menyebabkan harganya dianggap tinggi. Harga besi buruk juga kini mencecah RM3 sekilogram.

“Saya berharap produk berkenaan dapat diterima di negara ini pada masa akan datang, selain menarik jangka hayatnya juga lebih panjang kerana diperbuat daripada besi dan menggunakan cat kilat berkualiti tinggi,” kata bapa seorang cahaya mata itu.

Komen netizen:

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleEbit Lew kongsi rezeki bersama penduduk Pulau Cabo Frio
Next article“Ken4pa saya tak m4cam orang lain?” – Pemuda ini p4srah sendirian di majlis gr4duasi, dah 2 kali konvo mak ayah tak dap4t d4tang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here