Home Petua Tips Achey Menangis Teresak Esak ” Kenapa Kau pergi Dulu Bam” 2 Anggota...

Achey Menangis Teresak Esak ” Kenapa Kau pergi Dulu Bam” 2 Anggota Bocey Fad dan Achey Tak Tahan Sebak

271
0

DUA anggota kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad tak terkata dan hanya melinangkan air mata apabila berkongsi berita kem4tian sahabat mereka, Abam di Instagram masing-masing pagi hari ini.

Dalam perkongsian video berdurasi 23 saat itu, Achey menangis dengan suaranya tersekat- sekat dan menutup muka.

 

 

View this post on Instagram

 

Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Guys (anda semua), Abam dah tak ada,” katanya ringkas.

Achey turut menulis kapsyen, kenapa awal sangat Bam? Mana janji kau? Ya Allah.

Sementara itu, Fad pula dalam video berdurasi 21 saat berkongsi dia mendoakan Abam yang pulang ke Rahmatullah.

Tulis Fad, Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar.. Innalillahhiwaiinailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu Bam.

“Kenapa tak tunggu aku? Aku jauh ni. Aku nak peluk cium kau,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah,ampuni dia,Kau rahmati dia ya Allah,mudah kan urusan dia ya Allah..maafkan aku sahabat

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Difahamkan, Fad kini berada di Tokyo, Jepun kerana bercuti bersama keluarganya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan,

dilaporkan m4ninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Berita megejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri.

Menurut isteri Abam, Nor Hidayah, Allahyarham demam sejak dua hari lalu dan mengadu sakit kepala.

Abam yang kurang sihat, bagaimanapun enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Allahyarham dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey

bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kini berusia lima bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous articleAbam Bocey meningg4l dunia pagi tadi
Next articleBagi Persediaan Untuk Anak Ke 2,Siti Jalani Pembed4han

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here