Home Petua Tips “Saya Call Sugu Pavithra Buat Show Cooking,Dia Minta 10K.Demam Jap Dengar”.Didakwa mahal...

“Saya Call Sugu Pavithra Buat Show Cooking,Dia Minta 10K.Demam Jap Dengar”.Didakwa mahal Tapi Ini Respon Sugu Pavithra

662
0

Timbul satu dakw4an yang menyatakan YouTuber terkenal Sugu Pavithra meminta sejumlah bayaran berjumlah RM10000 bagi menyertai program masakan di televisyen.

Hal ini berlaku apabila seorang pengendali program sebuah stesen televisyen mendakwa jumlah bayaran tersebut setanding dengan bayaran Chef Selebriti terkenal tanah air.

Menerusi laporan Gempak, Sugu membidas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia dan isterinya tidak mahu terlibat dengan mana-mana program rancangan masakan di televisyen.

Tidak mahu terlibat dalam program TV

Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.

Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen.

Menurutnya, dia telah menerima pelbagai tawaran dan permintaan orang ramai untuk membuat program masakan di televisyen, namun dia tidak mempunyai masa yang cukup.

Jadi selepas didesak oleh sesetengah pihak, dia terpaksa menyebut harga yang agak tinggi agar pihak produksi tidak lagi mengganggunya. Tegasnya lagi, dia tidak mahu terlibat dengan apa jua program di televisyen.

Fokus pada video masakan di YouTube

Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.
Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa.

Tambahnya lagi, dia dan isterinya lebih memberi tumpuan kepada penghasilan video masakan di YouTube mereka. Masa untuk dirinya sangat terhad dan dia juga mempunyai keluarga untuk diuruskan. Oleh sebab itu dia terpaksa menolak semua tawaran dan permintaan pihak produksi televisyen.

Sumber : gempak

Previous article‘Kalau Tak Dpt Duit, Adik Aku M4ti!’ – Tebvsan Dakwa Peromp4k Mahu Selamatkan Adik Dalam B4haya
Next article“Allah Saja Tahu Betapa Susahnya …” – 5 Tahun Fathia Ambil Masa Move On, Doakan Aiman Hakim Bahagia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here