Home Petua Tips Cuma Selang 15 Minit Beranak, Ibu Tak Sangka Anak Kembar Lahir 2...

Cuma Selang 15 Minit Beranak, Ibu Tak Sangka Anak Kembar Lahir 2 Tahun Berbeza

65
0

Pelik tapi benar! Agak meragukan tapi itulah kenyataan. Kejadian istimewa yang terjadi kepada ibu muda, Fatima Madrigal yang telah melahirkan bayi kembar yang dikatakan berbeza tarikh lahir dan tahun lahir! Kelahiran sebegini dikatakan terjadi satu dalam dua juta kelahiran.

Bayi lelaki mereka dilahirkan pada 11.45 malam tahun 2021, namun kembarnya yang merupakan bayi perempuan pula dilahirkan tepat pada ambang tahun 2022. Sungguh ajaib bukan? Walaupun hanya berbeza 15 minit, namun mereka tetap dilahirkan berlainan tahun.

Kata ibu kepada bayi kembar berlainan tahun, ” Ia adalah pengalaman agak gila bagi saya, kerana mereka adalah kembar namun mempunyai tarikh lahir dan tahun lahir yang berbeza. Saya terkejut, tapi dalam masa yang sama gembira bila dia (bayi perempuan) tiba pada waktu tepat tengah malam.

Walaupun berbeza tarikh dan tahun lahir, ibu bapa bayi yang berasal dari California, Amerika Syarikat tersebut turut merasa bersyukur kerana kedua-dua anak kembar mereka selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi dan dalam keadaan yang sihat.

Sumber : Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Tak pandai boleh belajar, yang penting adab kena ada,” – Bonda Rozita kongsi kerenah Aliff Syukri
Next article“Mau jadi mak tiri saya?,” – Sambut ‘birthday’ bersama bapa di kampung, kapsyen PU Azman buat ramai terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here