Home Petua Tips “Daddy Ni Bukan Typical Yang Suka Ambil Gambar,” – Vicha Akhirnya Ded4h...

“Daddy Ni Bukan Typical Yang Suka Ambil Gambar,” – Vicha Akhirnya Ded4h Wajah Suami

57
0

Awal Januari ini, pelawak dan pelakon Vicha mended4hkan yang dia telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang jejaka kelahiran Nigeria yang dikenali sebagai Johson.

Bagaimanapun, menerusi pended4hannya itu, Vicha tidak berkongsi wajah suaminya kepada peminat.

Justeru, selepas beberapa ketika menyimpan ‘r4hsia’, Vicha akhirnya berkongsi wajah tuan empunya badan ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan artisnya, Syura minggu lalu.

“Selepas saya beritahu yang saya sudah menikah, banyak yang DM saya, tunjuklah suami awak nak tengok. Kalau boleh saya cakap, selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami berdua hanya ada beberapa sahaja.

“Daddy ni bukan typical yang suka ambil gambar. Kena pvjuk dulu, baru mahu. Bagi yang kenal pasti tahu dia macam mana,” tulis Vicha di Instagramnya.


Tambah Vicha lagi, suaminya itu selalu memberitahu yang dirinya hanyalah orang biasa dan bukannya artis. Jadi, tidak perlu berkongsi gambarnya di media sosial.

“Dia selalu cakap: ‘Saya ni bukan artis macam awak, saya ni orang biasa sahaja. Jadi tak payah post-post’.

“Tapi tak mengapa, ini saya belanja gambar buat kenang-kenangan. Siapa tahu kami ada rezeki berdua, boleh juga buat majlis kawin macam yang kami impikan, insya-Allah.

“Saya tahu, Allah selalu permudahkan urusan. Kami yakin sahaja dengan perancangan Allah,” katanya lagi.


Terdahulu, Vicha berkongsi tentang statusnya yang kini bergelar isteri kepada Johnson menerusi saluran YouTubenya.

Untuk rekod, menerusi perkahwinannya bersama Johnson itu, Vicha dikurniakan seorang anak lelaki bernama Michael Trevor Ayomide.

Sementara menerusi perkahwinan pertama di Indonesia, Vicha dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleSelepas Ramai Pertik4i Kemenangan Aliff Aziz, Ketua Juri Datuk Ramli MS Beritahu Macam Mana Aliff Boleh Juara
Next article“Doktor Maklumkan Saya Ada 6 Bulan Saja Untuk Hidup..” -Brendan Gan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here