Home Petua Tips Baru Sehari Bergelar Suami Neelofa, Dah Ada Pulak Pihak Buat Macam Ni...

Baru Sehari Bergelar Suami Neelofa, Dah Ada Pulak Pihak Buat Macam Ni Kat PU Riz

203
0

Kala ini nama PU Riz begitu diperkatakaan kerana baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Neelofa seorang ikon wanita tanahair.

Walaupun begitu dah ada dugaan melanda PU Riz.

PU Riz

Terbaru PENCETUS Ummah (PU) Riz merasa kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuka sebuah akaun Twitter menggunakan namanya.

Lebih teruk lagi, individu tersebut membuat ciapan dan memuat naik foto-foto perkahwinannya dengan pengacara Neelofa bersama kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.

Perkara itu menjadi bualan netizen sejak pagi Ahad sehingga membuatkan pendakwah selebriti itu tampil menafikan perkara tersebut.

“Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya,” katanya ringkas.

PU Riz menafikan akaun ini dikendalikan oleh dirinya.

Menerusi tinjauan mStar, akaun yang menggunakan nama  hrisbismail_ itu baharu sahaja diaktifkan sebaik Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, sah bergelar suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, pagi Sabtu.

 

Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya.

Sehingga kini, akaun Twitter tersebut telah mempunyai lebih 4,000 pengikut.

Pasangan ini diijabkabulkan pada pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis yang sama, yang dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang berpakaian serba putih mengikut tema majlis.

Riz dan Neelofa berkenalan pada Jun 2017 sebelum menjalinkan hubungan lebih serius pada tahun lalu.

PU RIZ Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Bagi yang masih belum mengenali siapa sebenarnya PU Riz, Gempak kongsikan trivia menarik mengenai jejaka kacak itu.

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Selangor.

2. Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir namun hanya bertahan selama setahun apabila terpaksa pulang ke Malaysia akibat peperangan di sana.

“Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak.

3. PU Riz memiliki diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sekarang dalam fokus untuk sambung belajar dalam sarjana muda bidang pendidikan dan undang-undang. Insya-Allah akan bergraduasi lagi setahun setengah.

“Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.

“Cuma bukan selama-lamanya dalam bidang ini (hiburan),” tambahnya.

4. Mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

5. Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah.

6. Bakal muncul dengan lakonan pertama sebagai hero filem Ada Apa Dengan Dosa menjelang Oktober ini.

“Saya digambarkan sebagai seorang pendakwah yang belajar agama di Scotland dan bertemu dengan seorang gadis Aurora.

“Imej saya pula dibentuk dengan cara berbeza daripada diri saya, pakai seluar ket.at dan rambut diluruskan.

“Saya juga hilang 10 kilogram untuk filem ini,” kongsinya.

 

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

 

https://youtu.be/yUEf5yDtRdM

Sumber trendingsangat.pw

Previous article“MasyaAllah Susahnya” Ibu Tunggal Nak Byr Duit Urusan Jenazh Ayhnya Secara Ansuran.Sekali Dtg Pert0longan Cara Tiba2
Next article‘Baru Nak Bertunang’ Skali Rumah Terb4kar Sejam Sebelum Majlis, Gadis Nekad Teruskan Juga Pertvnangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here