Home Petua Tips Dua Individu Ini Menyamar Polis Dan Buat Sekatan Jalan Raya, Rupanya...

Dua Individu Ini Menyamar Polis Dan Buat Sekatan Jalan Raya, Rupanya Ini Niat Sebenar Mereka

256
0

Tapi siapa sangka ia hanya taktik yang digunakan dua lelaki untuk melakukan kegiatan s4mun hingga menyebabkan seorang penyelia kilang ced3ra selepas bahunya dihentak dengan objek t4jam dalam kejadian di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, Bukit Mertajam, pagi kelmarin.

Gaya dan lagak seperti seorang polis yang kononnya sedang melakukan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mngsa lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum ternampak kelibat dua lelaki berpakaian vest tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan SJR.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mngsa yang memandu kereta memberhentikan kenderaannya untuk diperiksa tanpa mengesyaki apa-apa.

Pakai ves kuning tertera logo polis

Menurutnya, mngsa yang juga penyelia kilang kemudiannya memberhentikan kereta Toyota Vios dipandunya selepas ternampak sekatan jalan raya dengan beberapa kon dipasang di jalan raya.

Selain terdapat dua lelaki memakai ves kuning tertera logo polis yang memakai topeng muka.

” Ini kerana menurut mngsa ia sama seperti SJR yang dilakukan polis apabila terdapat kon yang diletakkan di jalan itu.

” Dia kemudian menurunkan cermin kereta dan belum sempat bertanya salah seorang lelaki menarik rantai emas yang dipakai mngsa dan menced3rakan bahu kanan mngsa dengan objek tajam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mngsa kemudian terus melarikan diri daripada suspek dan bergegas ke Hospital Kulim, Kedah untuk mendapatkan rawatan.

” Temubual yang dijalankan ke atas mngsa memaklumkan dia tidak dapat mengecam dua suspek dengan jelas kerana mereka berdua memakai penutup muka dan mulut.

” Melalui siasatan di tempat kejadian pula tidak menemui kamera litar tertutup (CCTV) dan semakan yang dibuat didapati tiada penugasan SJR di kawasan berkenaan,” katanya.

Shafee berkata, dalam kejadian itu mngsa terpaksa menerima tiga jahitan akibat keced3raan luka di bahu kanan.
Kataya lagi usaha mengesan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis dan mengadakan sekatan jalan raya sebelum cuba menyamun pengguna jalan raya lain di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, sedang dilakukan.

Sementara itu Polis Pulau Pinang telah mempertingkatkan kawalan dengan menambah jumlah sekatan jalan raya di seluruh negeri bermula fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, bermula hanya 21, kini pihaknya menambah kepada 40 sekatan jalan raya di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhi PKP selain memperketatkan kawalan di jalan raya.

” Kita bermula dengan hanya 21 sekatan jalan raya di lima daerah di negeri ini dan kemudiannya ditambah menjadi 24, 28, 30 dan terkini, 40 sekatan jalan raya. Kita akan tambah lagi bagi memastikan semua pihak mematuhi PKP yang kini masuk fasa ketiga.” katanya

Sumber : malaysiaunited.my

Previous articleBerjuang hingga sampai tumbang, frontliner dilaporkan m4ut akibat C0vid-19
Next article‘Setelah Dr Noor Hisham diiktiraf antara 3 doktor terbaik dunia’ Dr Amalina pula dipilih sertai Anggota Pasukan Bangunkan Vaksin Di UK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here