Home Petua Tips “Saya bagi impian pd Kak Ros” Kata2 Keow Wee Loong buat seorg...

“Saya bagi impian pd Kak Ros” Kata2 Keow Wee Loong buat seorg ibu bangkit dari Tersadai diluar rumah Brsama 10 anak

406
0

Hidayah itu milik Allah SWT dan padaNya segala ketentuan dan akan diberi hidayah itu tak kira sesiapapun di dunia ini.

Jangan kita pandang sesuatu tanpa berfikir atau beranggapan negatif,carilah kebaikan dan buang keburvkan itu.

Kisah Kak Ros yang dih4.lau beberapa hari yang lepas sebelum puasa menyentuh perasaan semua kita tapi datang seorg pemuda C1na bernama Keow Wee Loong

menghulurkan bantuan.

Justeru MASIH ingatkah anda dengan kisah Kak Ros, seorang ibu kepada 10 anak yang terpaksa keluar dari rumah sewanya seminggu sebelum Ramadan yang lalu?

Kisahnya viral dan mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pemuda Cina, Keow Wee Loong menerusi laman Instagram lebih seminggu yang lalu.

 

hilang tempat bergantung tapi datang bantuan

Jika sebelum ini kehidupan Kak Ros atau nama sebenarnya Rosliza Hassan begitu terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak seberapa, kini sedikit demi sedikit wanita itu mampu bangkit hasil pertolongan ramai pihak.

Selain Wee Loong, antara individu terawal yang tampil membantu Kak Ros adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Bukan sahaja mencarikan tempat perlindungan yang selesa untuk ibu itu bersama 10 anaknya, malah mereka membantu Kak Ros bangkit dengan menjana pendapatan sendiri melalui berniaga di bazar Ramadan.

 

 

Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon turun padang membantu Kak Ros membeli barang persiapan untuk berniaga.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wee Loong berkata Kak Ros secara rasminya mula berniaga di Bazar Ramadan Alma, berdekatan dengan tempat tinggal barunya di Machang Bubuk, pada hari kedua Ramadan (Rabu).

“Perancangan untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan sudah saya rancangkan ketika mula-mula membantunya pindah minggu lalu. Hasil perbincangan bersama YB Steven dan YB Khai Loon, kami sepakat bantu Kak Ros carikan peluang untuknya berniaga di bazar Ramadan.

“Dan YB Khai hubungi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendapat satu tapak untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan Alma. Kak Ros menjual beberapa menu seperti ayam goreng, pasembur, sosej dan juga minuman seperti laicikang.

Khai Loon membantu Kak Ros dari segi modal dan juga mendapatkan tapak berniaga di bazar Ramadan.

“Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terpaksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga. Siapa sangka jualan pada 1 Ramadan yang kita anggap sebagai percubaan, Kak Ros mendapat keuntungan RM700!” cerita Wee Loong yang juga jurugambar bebas.

Tambah Wee Loong, dia bersama-sama Khai Loon membantu wanita tersebut daripada menyediakan bahan-bahan, peralatan dan modal untuk peringkat permulaan.

Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terpaksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga.

“YB Khai Loon sendiri turun padang membeli kelengkapan untuk Kak Ros berniaga. Saya kata kepada dia, ‘Kak Ros jangan bimbang pasal anak… saya boleh bantu jadi nanny dan pastikan mereka semua cukup makan’. Saya mahu dia fokus berniaga.

“Sambutan di gerai Kak Ros pada 1 Ramadan lalu sangat menggalakkan. Mujur dua orang anaknya turut membantu ibu mereka di gerai. Saya cadangkan kepada dua anaknya yang kerja di kedai makan supaya berhenti kerja dan bantu ibu mereka.

 

dapat sokongan dari YB Khai Loon

“Sebab dengan sambutan yang diterima, bisnes Kak Ros boleh berkembang dan pergi lebih jauh,” kata pemuda berusia 33 tahun itu lagi.

 

Selain Wee Loong, Steven dan Khai Loon merupakan antara individu yang banyak membantu Kak Ros.

Menurut Wee Loong, jualan pada hari kedua Ramadan iaitu hari pertama Kak Ros secara rasminya berniaga, jumlah keuntungan yang diperoleh begitu menggalakkan iaitu sekitar RM847.90.

“Kak Ros memang sangat gembira dengan bisnes baharunya. Kami berharap agar sepanjang Ramadan dan pada masa depan, bisnes Kak Ros terus mendapat sambutan dan semakin berkembang,” kata Wee Loong lagi.

RosIiza Hassan, 37, tidak pernah menyangka air mata kesdihan memikirkan nsib 10 anaknya selepas diminta berpindah dari rumah sewa bertukar kesyukuran hasil perkongsian gambar di Instagram (IG) oleh pemuda tidak dikenalinya.

Smuanya bermula apabila jurugambar bebas Keow Wee Loong, 33, terserempak dengan Rosliza kira-kira jam 7 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke kedai makan.

Biarpun mereka saling tidak mengenali namun perkongsian gambar wanita itu yang kelihatan buntu bersama Ionggokan barangan di luar rumah seperti tilam, peti ais dan perabot menarik perhatian ramai.

Apa yang mengharukan, tidak sampai beberapa jam selepas diminta keluar dari rumah sewa, Rosliza dan 10 anaknya kini sudah memasuki kediaman baru di Taman Machang Bubok, di sini, hasil bantuan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Wanita 10 Anak Mnangis Dpn Umah Lepas Kena Halau. Sehinggalah Dtg LeIaki Ni Baru Tahu Semua Cerita

RosIiza berkata, dia bukan dihalau tetapi diminta keluar dari rumah sewa kerana pemilik sudah menjualnya kepada pembeli baru.

” Saya tiada pilihan melainkan berpindah dan mencari penempatan lain. Tapi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah, ia tidak mencukupi untuk mencari kediaman baru.

” Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 2011 dan wang itu yang digunakan untuk membayar sewa rumah.

” Apabila diminta keluar dari rumah sewa, saya jadi buntu kerana tiada simpanan untuk membayar wang pendahuluan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Perkongsian Keow mengenai kesusahan Rosliza di IG. (Gambar kanan) Steven bertemu dengan Rosliza yang hilang tempat berteduh. Foto ihsan Kkeow Wee Loong

Menurutnya, meskipun anak sulung dan kedua yang berusia 21 serta 20 tahun turut bekerja sebagai pembantu di kedai makan namun pendapatan mereka juga tidak seberapa.

” Jadi bagaimana kami mahu berpindah ke rumah baru. Mujurlah ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Keow berkata, dia terserempak dengan Rosliza secara kebetulan ketika dalam perjalanan untuk bersarapan.

” Saya tergerak untuk membantu lebih-lebih lagi apabila melihat anaknya yang masih kecil.

” Lebih menyedihkan apabila lihat peti aisnya yang hanya ada makanan sudah tamat tarikh luput malah Kak Ros beritahu dia hanya mampu memberi anak makan nasi berlauk bawang dan kuah kari.

” Saya kongsikan kisah itu di IG dan gembira apabila ia mendapat perhatian segera YB Steven yang datang sendiri melihat keadaan Kak Ros,” katanya.

Keow berkata, dia cuba berunding dengan pemilik rumah untuk memberi lagi tempoh Rosliza dan anaknya tinggal di rumah berkenaan.

” Namun, panggilan tidak dijawab dan disebabkan kasihan dengan anaknya, saya cuba dapatkan penempatan lain.

” Usaha itu berhasil dan Kak Ros bersama anaknya sudah berpindah masuk ke rumah baru di Taman Machang Bubok iaitu tidak jauh dari rumah sewa lamanya,” katanya.

 

Kena halau rumah sewa: Jangan menangis wahai ibu

KATA MP | Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan saudara Lim Guan Eng, tapi last minute, saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa.

Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun berkemas dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada sepuluh orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya.

Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.

Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan.

Cashier pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan sehingga hujung Syawal.

Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga.

Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.

Kebetulan di luar Tesco ada bazar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya.

Saya bagi tahu anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu.

Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.

Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan mekdi jadi tak tahu nak pesan apa.

Ok, takpa, pakcik tolong pesankan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.

Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti.

Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah 😅 sebab terlalu berat).

Ibu minta satu saja, mesin pengisar nak masak untuk anak-anak.

Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind.

Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali.

Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu.

STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam.

sumber: mkini, hmetro,trendingsangat,admin NV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

 

Previous articleDibel4sah Majikan Krn Berpuasa, sekali Yusuf Azmi bersuara.Memang Padu
Next article“Satu Keputusan Tak Smua Org Mampu Termasuk Aku” Luahan Pilu Along Eyzendy Bila Isteri Nak Drma Buah Pinggang Pdnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here