Home Petua Tips Sah Dr Amalina Bernikah Dgn Jejaka Inggeris.Ibunya ‘Rindu Kejauhan’ Dan Ini Kata2...

Sah Dr Amalina Bernikah Dgn Jejaka Inggeris.Ibunya ‘Rindu Kejauhan’ Dan Ini Kata2 Ibunya Pada Amalina

551
0

Dr Amalina berkongsi berita gembira  menerusi laman sosial Instagram beliau hari ini.

Menerusi entri itu, Dr Amalina berkongsi dua foto bersama suaminya yang juga seorang jejaka Inggeris. Namun apa pun ada insan yang cukup gembira dengan

doktor wanita kelahiran Malaysia ini.

 

Dr Amalina bersama ibu tersayang

Sudah tentunya INSAN yang paling gembira menerima berita pernikahan pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles di London, United Kingdom, pada Rabu lalu sudah tentunya ibu beliau sendiri.

Walaupun tidak dapat hadir ke majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London, ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan berpeluang menyaksikan detik istimewa itu menerusi panggilan video menggunakan aplikasi Facetime.

Sabariah, 61, berkata, dia mengucapkan kesyukuran apabila majlis pernikahan anaknya itu selesai dan berjalan lancar meskipun tiga kali tertangguh berikutan ‘lockdown’.

“Menerusi video, saya berpeluang untuk menyaksikan sendiri pernikahan Amalina dari kediaman saya di Ulu Tiram, Johor. Saya rasakan seperti berada bersamanya ketika itu.

“Saya tengok dari sebelum majlis, ketika berlangsung dan selepas selesai nikah saya dapat bercakap dengan Amalina dan keluarga Alex (Alexander).

“Perasaan gembira saya bercampur sebak ketika itu, terutama sewaktu dilafazkan Amalina sah bergelar isteri kepada Alex. Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira melihat Amalina bertemu jodoh dengan lelaki terbaik buat dia,” katanya secara eksklusif kepada mStar.

 

Dr Amalina sah menjadi isteri Alexander Charles di Masjid Central London. foto instagram dramalinabakri / nickrayphoto

Sabariah berkata, pernikahan Dr Amalina itu dibuat setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj).

Mengikut perancangan asal, katanya, Dr Amalina sepatutnya bernikah di Malaysia pada Disember lalu tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia kemudian bertukar lokasi di UK.

“Tiket penerbangan untuk saya ke London sudah pun ditempah dan terpaksa ditunda juga berikutan ‘lockdown’ di UK beberapa kali. Memang Amalina mahu saya ada sama ketika nikah.

“Saya pun mahu berada di sampingnya. Tapi atas faktor keselamatan berikutan wabak Covid-19, saya fikir biarlah saudara Amalina di sana wakilkan,” katanya yang merujuk kepada hanya enam tetamu yang dibenarkan hadir bersama mengikut peraturan Covid-19.

 

Sabariah (kiri) bersama anaknya, Dr Amalina pada 2019.

 

Pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu turut meluahkan rasa syukur apabila Dr Amalina terbuka hati untuk melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya.

“Tiga tahun lalu, masa Amalina umur 30 tahun, saya ada berpesan kepada dia untuk bernikah. Tapi dia mahu memberi tumpuan kepada latihan pakar bedah, kerjaya dan pengajian PhD (Doktor Falsafah) terlebih dahulu.

“Katanya mungkin nak berkahwin pada usia 35 tahun. Saya tidak pernah memaksa Amalina malah menyokong dia, tetapi sekadar menyarankan apa yang terbaik agar ada seseorang yang terbaik dapat menjaganya. Alhamdulillah, Amalina bersedia untuk bergelar isteri pada umur 33 tahun ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sabariah berpandangan bahawa Alex yang juga berusia 33 tahun sebagai seorang lelaki yang lemah-lembut, baik hati dan bertanggungjawab terhadap Dr Amalina sambil menambah kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka.

“Alex seorang lemah-lembut, berhati baik dan menghormati saya sebagai ibu kepada Amalina. Saya bertemu dengannya beberapa kali ketika kunjungan saya ke UK.

“Bukan sekadar Alex, keluarga dia pun baik-baik. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi kerahmatan kepada Amalina dan suami agar berbahagia ke jannah, dan dikurniakan zuriat yang baik-baik. Semoga kami semua dirahmatiNya,” katanya.

 

Dr Amalina (kiri) menggayakan kurung moden rona putih rekaan Cosry, manakala Alex mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta putih. foto instagram

 

Dalam pada itu, Sabariah turut meluahkan rasa rindu menebal terhadap anak tunggal kesayangannya itu, yang kali terakhir ditemuinya pada Hari Raya 2019 ketika pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif Dr Amalina.

“Selepas itu kami masih belum berjumpa disebabkan oleh wabak Covid-19. Ikutkan Hari Raya tahun lepas Amalina bercadang untuk pulang ke Malaysia.

“Buat masa ini belum ada ketetapan bilakah majlis resepsi Amalina dan Alex di Malaysia, semuanya bergantung kepada perkembangan semasa Covid-19,” katanya.

Terdahulu, menerusi laman Instagram, Dr Amalina memuat naik sekeping fotonya bersama suami di sebuah taman.

Dr Amalina menggayakan kurung moden rona putih rekaan Cosry, manakala Alex yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta putih.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos, tahun lalu.

 

Sumber : mstar

Previous articlePM Akhirnya Umum Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri, Tapi Dengan Syarat
Next articleHmpir Genap 2 Minggu Di Afrika Selatan, Ebit Lew Pulang Ke Malaysia.Ini Luahan Ebit Lew Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here