Home Petua Tips Diam-diam ambil master, terbang sampai Korea… anak puas dapat bergambar walau bapa...

Diam-diam ambil master, terbang sampai Korea… anak puas dapat bergambar walau bapa tak pernah tahu apa itu jubah konvo

76
0

‘BAJU apa ni?’

Begitulah reaksi seorang bapa yang sudah lanjut usia apabila disarungkan jubah ker4mat yang menjadi simbolik kemuncak perjalanan setiap mereka yang bergelar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Berkongsi cerita dengan mStar, graduan Sarjana Pendidikan (Psikologi), Mohamad Hafiz Abu Bakar, memperincikan kisah di sebalik video tular yang dirakam ketika majlis graduasinya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Disember 2021.

Jelas jejaka yang mesra disapa Hafiz ini, walaupun tiga tahun dia belajar peringkat master di universiti, bapanya, Abu Bakar Atan tidak pernah tahu mengenai perkara ini sehingga tiba hari graduasinya.

“Saya seorang yang suka buat sesuatu tanpa bercerita sebab bimbang tak menjadi. Belajar peringkat master ni pula tanggungjawab yang besar dan ris4u jika saya ‘tersangkut’ di tengah jalan. Tapi tujuan saya sorok daripada keluarga pun sebab nak buat kejutan terutama sekali dekat abah.

“Sebenarnya saya cuba nak jadi inspirasi kepada anak-anak saudara yang masih kecil. Abah pun selalu cakap dekat cucu-cucu dia supaya belajar tinggi-tinggi macam saya. Bagi abah, bila boleh belajar sampai masuk universiti tu kira belajar tinggilah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Penat juga berahsia selama hampir dua tahun. Walaupun saya dah siapkan tesis pada semester ketiga tapi saya sambung ke semester empat sebab dapat tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pasal tu pun abah tak tahu juga,” ujarnya.

Menurut anak jati Johor Bahru, Johor ini, selepas dia berjaya menamatkan pengajian pada Ogos 2020 di bawah biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), majlis graduasi yang sepatutnya diadakan pada hujung tahun 2020 terp4ksa ditangguhkan selama lebih setahun.

Jelas jejaka yang menetap di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor, ini bapanya tidak dapat hadir ketika majlis konvokesyen peringkat ijazah di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan atas faktor kesihatan.

Hafiz berjaya mengikuti program pertukaran pelajar di Korea Selatan.

“Lepas confirm habis belajar peringkat ijazah, setahun lebih tertangguh konvokesyen sebab C0vldl9. Padahal saya dah kumpul duit nak bawa abah naik kapal terbang pergi Sabah tapi tak berjaya juga. Tak sangka bila hari graduasi master pun dia tak boleh hadir juga ke majlis tu.

“Jadi saya pun aturkan sendiri sesi bergambar dengan abah. Ibu saya dah meninggal jadi memang saya bawa abah saja pergi dekat dataran Nusajaya untuk bergambar. Masa saya rakam dan sarungkan jubah tu abah masih blur tak tahu kenapa sebab abah tak tahu pun ‘master‘ tu apa sebab tak belajar tinggi dulu. Tapi apa-apa pun saya tahu dia bangga dengan kejayaan saya capai ni,” katanya.

Jejaka ini meraikan majlis konvokesyen peringkat sarjana muda sendirian tanpa ahli keluarga.

Bercerita lanjut mengenai pengajian yang dirahsiakan daripada keluarga, anak kelima daripada enam beradik ini berkata dia terp4ksa menempuh pelbagai rintangan semasa mengikuti pengajian peringkat sarjana.

Walaupun mengalami kesukaran, jejaka ini bersyukur berjaya mer4hsiakan pengajiannya sehingga berjaya menamatkan pelajaran.

“Saya mulakan pengajian master pada September 2018 secara rahsia daripada pihak keluarga. Walaupun saya sangat memerlukan sokongan mereka tapi saya lebih rela merahsiakan sebab tak nak susahkan sesiapa. Masa semester akhir mengikuti program pertukaran pelajar di Korea Selatan selama tiga bulan sebelum balik ke Malaysia dan belajar secara online dalam kampus saja. Selain dapat tajaan JPA, saya juga buat kerja mengajar sambilan jika berkelapangan.

“Saya berjaya sorok waktu belajar tu sebab abah duduk dengan kakak dan adik saya di Johor Bahru. Saya menyewa di sana juga sebab masih bujang jadi kenalah berdikari. Lagi pula, lepas habis degree, saya terus kerja. Tapi saya jadikan waktu jumpa abah setiap minggu sebagai rutin sebab perlu bawa abah ke h0spital bagi mendapatkan rawatan. Kalau clash jadual rawatan dengan kelas saya akan beritahu pensyarah dan minta nota dekat kawan-kawan,” jelasnya.

Hafiz berpeluang merasai pengalaman belajar di Korea Selatan selama tiga bulan.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, Hafiz menerima banyak mesej yang bangga dengan kejayaan diperoleh serta mengundang sebak warga maya di ruangan komen.

Jelasnya mengenai rakaman tersebut, dia tidak menyangka ia akan menjadi tular di media sosial sehingga meraih lebih 300,000 jumlah tontonan.

Tambahnya, dia hanya mahu simpan video itu sebagai kenangan juga merupakan permintaan anak-anak saudaranya yang mahu menonton momen tersebut di TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Baru Sebut ‘Aaa’ Dua-Dua Dah Takut.” – Hairul Azreen Tak Pernah Rot4n Anak
Next articleImpian pes4kit j4ntung kron1k bertemu Nik Ezanee tercapai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here