Home Petua Tips Impian pes4kit j4ntung kron1k bertemu Nik Ezanee tercapai

Impian pes4kit j4ntung kron1k bertemu Nik Ezanee tercapai

75
0

Impian kanak-kanak yang meng1dap penyak1t jantung kron1k untuk bertemu idolanya, Senior Asisten Komisioner (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal menjadi kenyataan apabila pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu, turun ke Jempol bagi bertemu kanak-kanak terbabit.

Zakuan Harith Mikhail Zaidi, 10, dari Bandar Seri Jempol yang turut c4cat pendengaran ternyata gembira dengan pertemuan itu selain dibawa menaiki kereta rasmi Nik Ezanee, selama kira-kira 20 minit.

Nik Ezanee kemudian membawa Zakuan Harith Mikhail melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dan menghabiskan masa kira-kira 25 minit di sana.

Ibunya, Fazlina Mohd Said, 44, berkata, anaknya itu amat meminati Nik Ezanee dan sentiasa mengikut perkembangan pegawai polis berkenaan menerusi TikTok.

Katanya, anaknya bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan Nik Ezanee ketika mereka berbual sebelum Ramadan lalu berikutan teruja dengan keperibadiannya, malah anaknya turut menggunting rambut mengikut gaya Nik Ezanee.

“Saya terkesan dengan permintaan anak kerana memahami apa yang sedang dilalui oleh anak kelima daripada enam beradik itu, malah doktor yang merawatnya juga memaklumkan harapan untuk sembuh sangat tipis.

“Sebagai ibu saya reda dengan ujian ini, malah sedaya upaya menunaikan impiannya bagi berjumpa dengan idolanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Fazlina berkata, sebelum hari raya, dia berjumpa dengan anggota di IPD Jempol sebelum diminta berhubung dengan pihak berkaitan di Bukit Aman.

Dia kemudian cem4s apabila anaknya itu kemudian dimasukkan ke wad Hospital Jempol pada hari raya pertama dan berada di w4d sehingga raya kelima.

“Saya kemudian menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Bukit Aman sebelum diminta menghantar maklumat berkaitan Zakuan Harith Mikhail kepada pegawai berkenaan.

“Zakuan Harith Mikhail sekali dimasukkan ke wad pada hari raya ke tujuh namun kali ini di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) Kuala Pilah,”katanya.

Fazlina berkata, pada Isnin lalu, Nik Ezanee sendiri menghubunginya akan datang berjumpa anaknya sama ada pada hari itu atau keesokannya.

Namu, dia terkejut apabila Nik Ezanee tiba di kediamannya pada 4 petang dan datang bersama dengan pemandunya

Katanya, pegawai polis itu berbual dengan anaknya kira-kira 60 minit sebelum dibawa bersiar – siar dan melawat IPD Jempol.

“Dia paling gembira kerana impian untuk berjumpa idolanya itu menjadi kenyataan malah anak turut memotong gambar berkaitan Nik Ezanee dan menampalnya pada kertas dan akan membelek pada setiap masa,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai peny4kit anaknya itu, Fazlina berkata, sejak berusia tiga bulan sudah enam pembed4han berkaitan jantung dijalani anaknya itu.

“Raw4tan di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini tidak menentu dan mengikut keadaan kesihatan anak.

“Biarpun harapan untuk sembuh dianggap tipis saya berserah semuanya kepada Allah dan berharap keajaiban akan berlaku,” kata ibu tunggal itu lagi.

Fazlina berkata ketika ini dia menerima bantuan bulanan berjumlah RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) selain bergantung hasil pendapatan sebagai peniaga makanan bagi membiayai keperluan raw4tan anaknya itu.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menghubungi Fazlina di talian 010-5306436.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Previous articleDiam-diam ambil master, terbang sampai Korea… anak puas dapat bergambar walau bapa tak pernah tahu apa itu jubah konvo
Next articleUbah Sekejap ‘Style’ Baju Ketika Sesi Temubual, Netizen Puji Cara Kak Lina Hormat Ustaz Kazim Elias

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here