Home Petua Tips Diberi cuti untuk ambil kereta baharu, rakan sepasukan didakwa cemburu dengan Ronaldo...

Diberi cuti untuk ambil kereta baharu, rakan sepasukan didakwa cemburu dengan Ronaldo – Personaliti Sukan

57
0

PEMAIN bola sepak Cristiano Ronaldo dilaporkan telah diasingkan di bilik persalinan Juventus dengan rakan sepasukan kerana bintang Portugal itu terlalu banyak kebebasan.

Sewaktu rakan sepasukan yang lain sibuk dengan latihan, Ronaldo diberikan cuti hanya untuk mengambil kereta baharu Ferarri Monza di kilang yang terletak di Maranello, Itali.

Ahli pasukan Ronaldo tidak suka akan layanan yang diberikan kepada pemenang Ballon d’Or lima kali berturut-turut itu.

Malah, dia dikatakan tidak berminat untuk bermain Liga Europa.

November lalu, pengurus Juve, Andrea Pirlo menolak tuduhan bahawa Ronaldo menerima ‘layanan istimewa’ berbeza dengan ahli pasukan lain.

Walaupun ia musim yang sukar bagi Juventus, ia merupakan kempen yang berhasil bagi Ronaldo yang mendahului carta gol Serie A dengan 28 gol.

Juventus memerlukan Champions League atau mereka terpaksa melepaskan salah seorang pemain hebat dalam pasukan tersebut. -Daily Mail

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articlePerak Dan Johor Pernah Beraya Awal Sehari? Ini Sejarah Tengok Anak Bulan Di Malaysia
Next articleRindu masakan ibu, Siti Nordiana belajar buat kuah kacang melalui ‘video call’ –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here