Home Petua Tips “Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di...

“Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro!

68
0

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretanya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.

“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.

“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.

“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik.

“Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat.

Sekadar informasi, bakat ajak sebagai pelawak mula dicungkil ketika dia menyertai program, Raja Lawak musim ke-6 bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai pasangan pelawak, Shahrol Shiro.

Bersama kumpulan Shiro, Ajak juga pernah menjuarai program lawak popular, Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.

Ketika ini, ajak merupakan seorang penyampai di stesen radio Suria FM yang mengendalikan segmen, Team Pagi Suria bersama rakan penyampai Fizi Ali dan Suraya Borhan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

 

Previous article“Inilah Syawal Paling Bermakna” – Mas Idayu Kini Bahagia, Ramai Peminat Mendoakan
Next article“Kita Semua Boleh Tengok Jihad Dia Melawan Diri Sendiri Ketika Di Puncak,” – Coretan Ibu Neelofa Bikin Seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here