Home Petua Tips “Inilah Syawal Paling Bermakna” – Mas Idayu Kini Bahagia, Ramai Peminat Mendoakan

“Inilah Syawal Paling Bermakna” – Mas Idayu Kini Bahagia, Ramai Peminat Mendoakan

70
0

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui sudah menerima ‘tanda’ dihantar oleh jejaka pilihannya yang juga merupakan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa Ahad lalu.

Menurut Mas Idayu, tanda itu diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi perbincangan lanjut menjelang hari bahagia mereka.

“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan ‘tanda’.

“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami.

“Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu dan kongsikan di media sosial,” katanya kepada Gempak.

Mas Idayu ditemui pada sidang media program baharu Astro, Karaoke Superstar bertempat di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas mengenai perkahwinannya, Mas Idayu atau lebih popular dengan panggilan mummy ini juga menjelaskan persiapan tersebut sedang berjalan.

“Persiapan sudah pun 70 peratus, hanya tinggal untuk pilih lokasi dan beberapa perkara lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam Al-Quran.

“Insya-Allah, majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya.

Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada September depan.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu merupakan juri tetap untuk Karaoke Superstar bersama Erra Fazira.

Malah Mas Idayu juga bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.

Kapsyen ‘Daddy dan Mummy’, Mas Idayu, Sufian Isa pertama kali kongsi momen berdua di media sosial

BUAT pertama kali pasangan yang sedang hangat bercinta, Mas Idayu dan bakal suaminya, Sufian Che Isa berkongsi gambar romantis mereka berdua di sosial media selepas mendedahkan hubungan mereka kepada umum baru-baru ini.

Kedua-dua mereka berkongsi hantaran video dan gambar semasa semasa berbuka puasa berdua di sebuah restoran dan memuat naik kedua-dua status di masa yang sama pada Selasa.

Di akaun Instagram Mas Idayu, penyanyi lagu Cintaku 100% itu berkongsi hantaran video koleksi gambar dengan latar belakang lagu Cinta Sampai Mati oleh Raffa Affar.

Bersama video itu, Mas Idayu turut menulis satu kapsyen ringkas, ” Jawapan dari doa-doaku, terima kasih sayang.”

Sementara itu, di akaun Instagram milik Sufian Che Isa pula, Penerbit Eksekutif di TV3 itu berkongsi salah satu gambar yang terdapat dalam video hantran Mas Idayu.

Dia turut menulis kapsyen ringkas, ” Daddy dan Mummy, selamat berbuka,”.

Kedua-dua mereka turut meletakkan tag nama akaun antara satu sama lain di kapsyen masing-masing.

Kedua-dua status berkenaan turut dibanjiri dengan komen-komen daripada peminat dan rakan artis yang mendoakan kebahagian pasangan romantis itu.

Rata-rata mereka juga menyatakan tidak sabar untuk merasa ‘nasi minyak’ majlis perkahwinan pasangan itu.

Terdahulu, Mas Idayu memaklumkan bahawa dia bakal bernikah dengan lelaki pilihannya, Sufian Isa pada September 2022.

Menurut Mas Idayu, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu sejak ramai apabila kedua-duanya terlibat dalam progam Lagu Cinta Kita terbitan stesen televisyen itu

5 Fakta Menarik Sufian Che Isa Yg Berjaya Buat Mummy Mas Idayu Happy, Nikah September

Penyanyi terkenal Mas Idayu bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa pada September depan.

Mas Idayu berkata, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka, Mas Idayu berkata, Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja,” katanya.

Berikut sedikit fakta menarik bakal suami Mas Idayu (Sufian Che Isa)

1.Seorang penerbit eksekutif TV3

2.Berkenalan dengan mas idayu sewaktu terlibat dalam program Mentor pada tahun 2008.

3.Hubungan menjadi serius ketika program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

4.Sufian Che Isa juga dikhabarkan pernah menjadi suami orang dan tetapi telah bercerai dan kini dia berstatus duda.

5.Anak Mas Idayu sendiri yang mengaturkan pertemuan mereka berdua

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :w.slambermedia.bbn.my/

Previous articleHaris Ismail Jdi Cameo, Kecepatan Otak Jep Fikir Spontan Bikin Netizen Gelak Besar- “Lajulah otak Jep fikir..”
Next article“Diorang Excited Ternampak Pelawak Suam Kuku Ni,” – Santuni Peminat Cilik Di Tepi Jalan Waktu Hujan, Respek Sifat Rendah Diri Ajak Shiro!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here