Home Petua Tips “Doa Saya Dimakbulkan Allah, Tiga Kali Saya Minta Maaf Pada Intan”

“Doa Saya Dimakbulkan Allah, Tiga Kali Saya Minta Maaf Pada Intan”

53
0

Dipertemukan dengan bekas madunya iaitu Intan Liana Saleh di program Melodi Raya baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa syukur doanya selama ini dimakbulkan Allah.

Menurut Izreen, dia meminta maaf pada Intan sebanyak tiga kali dan sudah lama menantikan peluang tersebut. Izreen berkata itu adalah pertemuan pertama mereka selepas empat tahun.

BACA: Hamil Empat Bulan, Izreen Azminda Teringin Anak Perempuan

“Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan). Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.

“Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak melepaskan peluang dengan meminta maaf kepada Intan, Izreen berkata permohonaan maafnya itu adalah ikhlas berharap segalanya akan baik-baik sahaja selepas ini.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini Ude Wahid secara senyap tanpa pengetahuan isterinya, Intan Salleh. Bagaimanapun, Ude dan Intan bercerai pada Mac 2018 selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Izreen Azminda Ber4nikan Diri Jumpa Bekas Isteri Suami.” Ini yg Dia Cakap Kat Intan Sampai 3 Kali
Next articleSempat ‘Upload’ IG story, Pelajar Institusi Mavt Audi Dipandu Terb4bas & Lnggar Lori

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here