Home Petua Tips DSV Cari Pembantu Peribadi Gaji Sebanyak RM10K, Sekali Shuib Masuk Komen

DSV Cari Pembantu Peribadi Gaji Sebanyak RM10K, Sekali Shuib Masuk Komen

58
0

Petaling Jaya – Penyanyi dan jutawan k.osmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah menc.vri perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang memaparkan sebuah hotel di ibu kota berharga RM 50,000 untuk satu malam, menerusi platform TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu I Am Me itu dilihat gembira berjoget sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya, Kacak, untuk menuju ke bilik berprestij itu.

Dengan kapsyen berseloroh No men, no problem, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan k.ontroversi itu menerusi ruangan komen.

Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.

Kita RM 50,000 beli Myvi itu pun hutang, dia 50 K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada, tulis seorang warganet. Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada K di situ, komen lagi seorang warganet.

Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM 300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada m.asalah lah Datuk. Enjoy, komen juga seorang warganet.

Bagaimanapun, mereka tetap menyokong t.indakan DSV itu untuk bergembira bagi merawat hati semula disebabkan peristiwa lalu.

Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak, komen seorang warganet. Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah, komen seorang lagi.

Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik, puji seorang warganet.

Selepas dikatakan tiada jodoh dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, DSV seringkali dilihat memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya gembira tanpa kehadiran lelaki.

DS Vida Cari Pembantu Peribadi Sampai Shuib Masuk Komen

Menerusi satu pengiklanan di laman Instagram, pemilik nama Hasmiza Othman itu turut menyertakan syarat dikehendaki iaitu lelaki bujang yang berusia antara 25 hingga 30 tahun dan memiliki wajah tampan.

Difahamkan, penyanyi lagu I Am Me itu menawarkan gaji sebanyak RM 10,000 untuk jawatan itu yang pasti memikul tanggungjawab besar sebagai orang kuat jutawan k.osmetik tersebut.

Shuib Komen Dan Jawapan Dari DS Vida

Sumber: Kosmo | IG via bartatoday

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article[VIDEO] Segala Persiapan Dah Siap & Rancang Nikah Minggu Depan, Wanita Akur Bakal Suami Men1nggal Dunia – ‘Saya Tak Kuat Awak…’
Next article“Lah sory aku ingat…”- Kongsi Video TikTok, Yusuf Bahrin Jadi Bualan. Sekali Nma Artis Ini Yg Naik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here