Home Petua Tips Duda muda usia 23 tahun hanya fikir kerja untuk anak! Tiada masa...

Duda muda usia 23 tahun hanya fikir kerja untuk anak! Tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi dengan rakan – “Tak mahu dia rasa kekurangan”

97
0

KASIH ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang sanggup bekerja keras demi anak tatkala rakan-rakan seusianya masih bersuka ria menikmat! zaman bujang.

Rakaman video yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan menunjukkan detik-detik dia bersama anaknya yang masih lagi kecil.

Video tersebut setakat ini meraih hampir 120,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Firdaus Ahmad, berkata, dia kini menjaga anaknya Raudatul Jannah Ahmad Firdaus yang berusia dua tahun setelah bercer4i dengan isterinya pada awal Mac tahun ini.

Ahmad Firdaus berkata dia berkongsi video tersebut bagi menaikkan semangat. motivasi serta satu bentuk peringatan untuk dirinya supaya untuk terus berusaha mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dalam video tu anak saya, dia ditinggalkan oleh maknya. Jodoh kami tak panjang, kami berkahwin pada 2018 dan bercer4i pada Mac tahun ni.

“Memang ramai yang tak percaya itu adalah anak saya sendiri. Mungkin sebab umur saya yang masih muda lagi kot.

“Sekarang bekas isteri saya tu pun dah berkahwin dengan orang lain. Video itu adalah sebagai peringatan untuk kekal kuat demi anak saya kerana dia masih kecil.

IMG_7793

Daus bekerja keras untuk menyediakan segala keperluan anaknya.

“Saya harus lakukan yang terbaik sebagai seorang bapa untuk besarkan anak ini,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Lebih mesra disapa Daus, pemuda berusia 23 tahun itu berkata dia dan bekas isteri dikurniakan seorang cahaya mata pada 2019 iaitu setahun selepas mereka berkahwin.

Namun rumah tangga yang dibina itu tidak kekal lama apabila tidak lagi wujud persefahaman antara mereka berdua.

“Dah cuba untuk berbincang dan selesaikan dengan cara baik tapi takdir menentukan jodoh kami tak panjang.

“Puas saya cuba pujuk tetap tak berjaya sehinggalah dua minggu kemudian saya dapat panggilan dari mahkamah untuk hadir bagi proses pencer4ian,” ujarnya yang menetap bersama keluarganya di Taman Seri Rambai, Melaka.

IMG_7784

Daus cuba sedaya upaya untuk tidak membuat anaknya rasa keseorangan kerana pencer4ian ini.

Daus yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui bahawa bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa pada usia yang muda ini.

Tetapi dia bersyukur kerana keluarganya sering memberi kata-kata semangat dan ibunya Fazlinda Fauzi, 46, turut membantu menjaga anak perempuannya.

“Memang susah juga kena jadi ‘bapa tunggal’ pada usia yang muda ni sebab saya bekerja. Jadualnya pula tak menentu, kadang-kadang kerja siang hari dan ada masanya syif malam.

“Saya kira bernasib baik sebab ada kakak dan ibu yang tolong tengokkan anak. Kalau saya keluar bekerja, ibulah banyak tolong jagakan dia.

“Kadang-kadang bek4s isteri ada juga datang ambil anak, kami bergilir-gilir jaga. Ada masa dua bulan saya jaga dan kemudian giliran dia pula.

Tapi kahwin ketika usia yang muda ni, cabaran dan dug4annya itu besar

AHMAD FIRDAUS AHMAD

“Keluarga saya banyak beri semangat, mereka suruh bersabar, cekalkan hati dan jangan putus asa. Mereka juga ingatkan supaya jangan biarkan anak itu rasa kekurangan disebabkan pencer4ian.

“Bila dah jadi seorang bapa ni saya belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab kerana masa nak enjoy atau bersuka ria macam orang lain tu dah tak ada.

“Masa untuk diri sendiri pun tak ada, kena kerja untuk pastikan keperluan anak cukup semuanya,” katanya yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pembuat kopi di Kota Laksamana, Melaka.

Sebagai seorang yang pernah mendirikan rumah tangga pada usia muda, Daus menasihatkan golongan yang masih bujang supaya perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cab4ran dan dug4an di alam perkahwinan.

Tambahnya lagi, seseorang itu perlu mempunyai kewangan yang stabil dan sedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

“Aj4l, m4ut serta pertemuan itu semuanya di tangan tuhan dan perkahwinan itu adalah suatu perkara yang baik. Tak gunalah bercinta lama-lama tapi tak ada perancangan nak berkahwin.

IMG_7611

Daus (kanan) terpaksa korbankan masa mudanya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Tapi kahwin ketika usia yang muda ni, cabaran dan dugaannya itu besar. Kita kena bersedia dari segi kewangan yang stabil dan paling penting sekali masing-masing kena bersedia mental dan fizikal.

“Apa-apa pun, kalau rasa dah bersedia dan ada kemampuan boleh je teruskan niat untuk berkahwin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MSTAR

Previous articleSyida Melvin Ham1l Lagi, Kandvngan Masuk Minggu Ke-26 – “Setelah 1 tahun 7 Bulan Lepas Kelahiran Anak Sulungku…”
Next article“Untuk pengetahuan lama dah saya pakai..” Idris jawab tvduhan Siti Kassim. Rupanya jam itu..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here