Home Petua Tips “Untuk pengetahuan lama dah saya pakai..” Idris jawab tvduhan Siti Kassim. Rupanya...

“Untuk pengetahuan lama dah saya pakai..” Idris jawab tvduhan Siti Kassim. Rupanya jam itu..

53
0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendkwa dia menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Sebaliknya kata naib presiden PAS itu yang dia hanya menggunakan jam tangan berjenama Buruj bagi memudahkan untuk mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

 

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Idris berkata demikian sebagai mengulas ciapan Siti Kasim yang mendakwa menteri berkenaan menggunakan jam tangan Rolex.

 

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

Ia membabitkan satu gambar memaparkan menteri agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

Idris yang juga bekas ahli Parlimen Buki Gantang baru-baru ini dilantik sebagai menteri agama di bawah pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysiakini cuba mendapatkan ulasan daripada Idris dan Siti, namun sehingga kini masih gagal mendapatkan maklum balas mereka.

 

Sebelum itu Menteri agama nasihat umat Islam tak terpengaruh ajaran Sittah Annur

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) kerana dibimbangi memberi ancaman berbahaya kepada keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata pihaknya berterima kasih atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan ketua ajaran itu awal pagi semalam.

“Terima kasih kepada PDRM telah bertindak pantas untuk membawa mereka kepada pengadilan. Ia bukan sahaja isu agama tetapi juga melibatkan keselamatan negara.

“Kita keluarkan satu kenyataan bahawa bahayanya ancaman ajaran ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dari tiga perkampungan di Bukit Gantang hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam setiap negeri bagi memantau pergerakan pengikut-pengikut kumpulan yang menyeleweng daripada ajaran sebenar.

Katanya umat Islam di negara ini dinasihatkan mempelajari agama secara kelompok daripada masjid dan surau yang merupakan medium jelas serta dipantau oleh jabatan agama sekali gus mengelakkan terlibat dengan ajaran yang diadakan di tempat tersembunyi.
“Mengaji di tempat tersembunyi seperti di atas bukit tidak sepatutnya berlaku dan kita kena guna rasional akal kita kenapa tidak dibuat di masjid dan surau, jadi perkara ini patut difahami.

 

“Jangan percaya dan terpengaruh dengan ajaran yang pelik tetapi kita perlu rujuk kepada pejabat agama masing-masing atau imam untuk sahkan sama ada ajaran itu betul atau tidak,” katanya.

Awal pagi semalam, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun yang merupakan ketua ajaran PMYT di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MK

 

Previous articleDuda muda usia 23 tahun hanya fikir kerja untuk anak! Tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi dengan rakan – “Tak mahu dia rasa kekurangan”
Next articleSebelum Ni Makcik Bawang Kec4m Che Ta Tak Pandai Didik Anak, Sekali Che Ta Muatnaik Video Ni, Terdiam Semua Makcik Bawang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here