Home Petua Tips Dugaan PJJ! Dua anak masuk hospital, rumah pula dilanda bnjir ketika suami...

Dugaan PJJ! Dua anak masuk hospital, rumah pula dilanda bnjir ketika suami offshore…

92
0

TAHUN 2021 sudahpun melabuhkan tirainya.

Boleh dikatakan ia adalah ‘tahun duka’ di mana pelbagai insiden pahit yang berlaku terutamanya ketika penghujung tahun menyaksikan banjir buruk melanda di beberapa negeri.

Bagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jue Liyana, 2021 diibaratkan sebagai tahun yang penuh dengan onak dan cabaran, lebih-lebih lagi pelbagai peristiwa tidak terduga berlaku satu demi satu ketika suaminya bertugas di offshore.

“Sebelum ini banyak juga cabaran tapi tidak setanding dengan dugaan yang menjengah pada 2021. Kebetulan pula suami agak kerap bertugas di offshore dan ketika itulah banyak insiden tak terduga berlaku.

“Ia bermula dengan anak kedua terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara jangkitan pada usus pada Mac 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kemudian anak sulung terjatuh ketika bermain dan tangan kanannya patah. Panik sangat sebab ketika kejadian suami bertugas. Terus kejarkan ke hospital. Selepas itu, dia dimasukkan lagi sekali ke hospital kerana ada kelenjar di kakinya dan perlu buat pembedahan.

“Dua bulan juga kami ulang alik ke hospital sebab nak cuci luka. Hati ibu mana tak luluh bila anak kecil meraung kesakitan. Selepas itu, anak kedua saya pula terseliuh.

“Dan kemuncak cabaran, pada Disember di mana rumah kami di Klang, Selangor dilanda banjir. Suami tiada juga ketika itu. Mujurlah adik kebetulan teman, jadi dialah tolong angkut barang-barang dan perabot ke tingkat atas,” ujar wanita berusia 29 tahun ini kepada mStar.

pjj 2

Anak sulung dan anak kedua Jue Lieyana dimasukkan ke hospital sewaktu suaminya bertugas di offshore.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia dan suami sudah hampir tujuh tahun menempuh perjalanan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan tugas suami.

“Mula-mula memang agak sukar nak biasa lakukan pelbagai perkara sendirian apabila suami bertugas. Saya juga pernah terkena serangan ‘anxiety’ (anxiety attack).

“Tiba-tiba rasa sukar bernafas, nafas pendek, migrain, nak tidur pun takut sebab bimbang tak bangun dah. Namun saya pantas bertindak dan jumpa doktor bagi mengatasi masalah ini.

pjj 1

Jue Lieyana meraikan hari raya bertiga memandangkan kekangan tugas suami.

“Bila buat pemeriksaan, semua okay dan doktor kata kena serangan anxiety. Untuk elakkannya, saya akan isi masa lapang dengan pelbagai perkara bagi alihkan perhatian.

“Selain sibukkan diri dengan bisnes online, saya pasti akan peruntukkan masa melakukan perkara yang saya suka untuk release tekanan seperti menonton wayang atau ambil ‘me time’.

Kalau ada masalah, jangan fokus kepada masalah sebaliknya cari cara penyelesaian.

JUE LIEYANA

“Suami juga sangat membantu. Dia fikirkan solusi termasuk beli pelbagai peralatan untuk memudahkan tugas seharian saya sebagai ibu, suri rumah dan seorang yang aktif berbisnes online di rumah,” ujarnya.

Sekadar membuat perkongsian di laman TikTok mengenai cabaran yang dilaluinya sepanjang 2021, wanita ini sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular.

pjj 3

Rumah Jue Lieyana turut dilanda banjir dua minggu lalu.

“Ramai juga kongsi situasi yang sama seperti saya. Ada yang lebih berat, dia dan suami PJJ namun dalam masa yang sama besarkan dua anak autism sendirian. Hebatnya mereka yang bergelar wanita. Saya banyak belajar dari kawan-kawan.

“Untuk wanita yang juga PJJ dengan pasangan, kalau ada masalah, jangan fokus kepada masalah sebaliknya cari cara penyelesaian. Jangan sentiasa bergantung dan berharap kepada suami sebab mereka sedang bertugas. Memang pengorbanan menuntut banyak kesabaran,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian
Next article“Tula tak pantang sgt…” Dikec4m Netizen Selepas Dimasukkan Ke H0spital, Wawa Ded4h Cerita Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here