Home Petua Tips Fazura, Fattah Amin Berbesar Hati Raikan Anak Yatim

Fazura, Fattah Amin Berbesar Hati Raikan Anak Yatim

122
0

Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang juga selaku duta jenama Bata meraikan 20 anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih dalam satu majlis pemberian kasut, hari ini.

Fazura berkata dia dan Fattah sangat berbesar hati untuk meraikan anak yatim bersama Bata. Kata Fazura lagi, perancangan tersebut sudah dibincang sejak tahun lalu lagi namun ditangguhkan susulan PKP.

BACA: Fazura Lancar Koleksi Tudung, Ramai Tak Sabar Nak Beli

“Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian.

“Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan oleh anak-anak yatim tersebut serta berharap pemberian itu mampu membuatkan mereka tersenyum.

“Alhamdulillah tahun ini rezeki buat anak-anak yatim ini. Mereka berpeluang untuk memilih sepasang kasut baru untuk menyambut Aidilfitri nanti. Diharapkan pemberian ini dapat memberi senyuman kepada mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articlePendakwah terkenal Indonesia, UAS selamat nikahi gadis usia 19 tahun
Next article“Pak Haji Kalau Dia Terkejut Panggil Apa.?” Bila Makiti Kena ‘Game’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here