Home Petua Tips “Buat Fendi Yang Pernah Menjadi Suamiku Satu Masa Dulu”Luahan Hati Nadira (Caliph...

“Buat Fendi Yang Pernah Menjadi Suamiku Satu Masa Dulu”Luahan Hati Nadira (Caliph Buskers) Ramai Yang Seb4k

401
0

Vokalis wanita kumpulan Caliph Buskers, Nurnadira Rubiana mengesahkan dia sudah bercer4i dengan pemain drum kumpulan terbabit, Fendy Adlun semenjak dua tahun lalu.

Nadira berkongsi perkhabaran pahit terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat.

“Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.

“Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis.

“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini. Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya,” tulis Nadira.

View this post on Instagram

 

Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak. Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini. Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila. Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang. Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam. Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita. Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru. Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita. Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang. Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku. Ikhlas dari: Nurnadira rubiana. #caliphbuskers #newsingle #manusia #warnermusic #worldpeaceentertainment #ikhwanfatanna #omark #johnjeeves #buskinglife #blindmusician #hanyanamamu #kaulahdia #buta #hanyamimpi #astro #meletop #erafm #sinarfm #mediaprima #tv3 #melodi #hotfm

A post shared by Nadira (@missnadiralalala) on

 

Tambah Nadira, dia juga berharap agar hubungannya bersama Fendy kekal seperti teman baik.

“Tiada lain yang diharapkan, walaupun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila.

“Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang.

“Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini.

“Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.

“Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini.

“Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakhir untuk kita.

“Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.

“Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik.

“Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anaknya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.

“Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
“Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku,” tulis Nadira.

Dalam pada itu, Fendy turut berkongsi luahan hatinya di laman Instagram mengenai perpisahan mereka.
Nadira dan Fendy mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Selain Nadira dan Fendy, Caliph Buskers yang terkenal dengan lagu Buta dan Hanya Nama-Mu ini dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.

 

 

View this post on Instagram

 

Assalammualaikum w.b.r… Bak kata lagu khatijah ibrahim, ‘mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan’. Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis. Jodohku hanya sampai disini.. walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.. Takdir telah menentukan segala²nya.. Semoga dikau Berbahagia hendaknya dan Semoga ada sinar baru untuk aku dan zafirah nanti. Insyaallah papa ada selalu untuk kamu.. Maaf kerana Merahsiakan perkara ini kepada semua atas sebab² tertentu.. . #fendicaliphbuskers #caliphbuskers #hentakrentak #blinddrummer #blindmusician #buskinglife #buskingsolo #caliphbuskers #newsingle #manusia #warnermusic #worldpeaceentertainment #ikhwanfatanna #omark #johnjeeves #buskinglife #blindmusician #hanyanamamu #kaulahdia #buta #hanyamimpi #era #hotfm #sinarfm #mstaronline #tv3 #rtm #mediaprima #whi #mhi #astro #meletop #siakapkeli

A post shared by Fendy Hpilacreksub (@fendydrummer_caliphbuskers) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Previous article‘Saya tak ada pilihan, terpaksa berkvrung di rumah’ Luahan Seorang Rakyat Malaysia Di Wvhan
Next articleKak Lina Seb4k Tengok Hubungan Anaknya Sefhia Dengan Azlan “I Want Solat With Papa”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here