Home Petua Tips ‘Saya tak ada pilihan, terpaksa berkvrung di rumah’ Luahan Seorang Rakyat Malaysia...

‘Saya tak ada pilihan, terpaksa berkvrung di rumah’ Luahan Seorang Rakyat Malaysia Di Wvhan

301
0

“KETIKA transit di Wu h4n, saya dapat merasakan suasana sunyi dan jalan lengang malah semua jalan keluar masuk dikawal tent4ra.

“Mereka yang berada di Wuhan diarah berkvrung dalam rumah dan saya ketika ini berada di Xiangyang dalam daerah Hubei juga tidak keluar sejak beberapa hari lalu kerana bimbang dengan keadaan diri.”

Demikian pengalaman rakyat Malaysia yang mahu dikenali sebagai Ima berusia 28 tahun mengenai keadaan di Wuhan, China apabila dikenakan perintah berkvrung oleh kerajaan republik itu bagi mengelak penyebaran w4bak koron4v1rus baharu.

Ima yang pulang ke kampung halaman suami di Xiangyang untuk meraikan Tahun Baru Cina pada 21 Januari lalu tidak dapat keluar dari negara itu apabila kerajaan menykat laluan keluar dan masuk darat serta udara.

 

 

SUASANA lengang di bandar Wvhan selepas kerajaan memerintahkan arahan berkvrung.

FOTO ihsan Ima

Ima berkata, ketika ini dia sudah beberapa hari berkurung dalam rumah dan tidak tahu keadaan di luar terutama di bandar Wuhan.

“Kerajaan China mengeluarkan surat pekeliling dari rumah ke rumah tidak menggalakkan kami untuk keluar bagi mengelak penyebaran v1rus itu.

“Tetapi saudara mara di Wuhan memberitahu mereka dih4lang keluar rumah sama sekali ketika ini dan keadaan itu menyebabkan harga barang naik mendadak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ima yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 8 Februari ini.

“Namun dengan perkembangan terkini wabak itu, saya tidak pasti dapat pulang atau tidak pada tarikh itu.

Kerajaan China sudah mengeluarkan surat mengarahkan semua berada di dalam rumah saja, mahu keluar pergi kedai pun tidak boleh walaupun ia hanya terletak lebih kurang 200 meter saja.

“Pengangkutan awam lain seperti bas, teksi juga dihalang, jadi saya tidak pasti macam mana keadaan di luar sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan stok makanan mencukupi atau tidak, Ima memberitahu ia tidak menjadi masalah kerana kebanyakan penduduk sudah membeli stok lebihan sempena musim perayaan.

“Memang sudah beli awal, semua orang di sini pun t4kut nak keluar, sambutan Tahun Baru Cina pun tidak meriah seperti biasa.

“Kali terakhir saya keluar rumah pada 24 Januari lalu iaitu sehari sebelum perayaan.

“Topeng muka pun sudah habis di sini dan kalau boleh saya mahu pulang segera ke Malaysia berikutan risau keadaan diri,” katanya.

Menurutnya, dia ada perancangan untuk pulang ke Malaysia awal tetapi semua pengangkutan awam ditvtup.
“Saya tiada pilihan lain melainkan terpaksa tinggal di sini.

Saya pun tidak pasti berapa lama tempoh berkvrung, kami diberitahu keadaan menjadi semakin tervk.

“Makin ramai dikhabarkan kena j4ngkitan dan angka kem4tian pun meningkat,” katanya.

Ima berkata ketika ini dia mengambil langkah berjaga-jaga dan memeriksa suhu badan setiap hari.

“Kita tidak tahu siapa yang ada membawa v1rus ini. Paling cepat ia boleh dikesan adalah antara sehari hingga dua hari dan mengalami simptom dem4m, sakit badan dan seles4ma.

“Cara terbaik adalah jangan keluar rumah dan memeriksa suhu badan serta pakai topeng muka.

“Ini antara yang saya lakukan di sini dan menjaga diri sebaik-baiknya supaya tidak terkena v1rus itu,” katanya.

Sumber Hmetro

Previous articleHana Azraa c4bar PU Abu “Saya juga akan keluarkan kenyataan dan juga bukti selepas dia buka mulut”
Next article“Buat Fendi Yang Pernah Menjadi Suamiku Satu Masa Dulu”Luahan Hati Nadira (Caliph Buskers) Ramai Yang Seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here