Home Petua Tips G4dis dirisik oleh 2 jejaka serentak! Bapa terpaksa slow talk dengan rombongan...

G4dis dirisik oleh 2 jejaka serentak! Bapa terpaksa slow talk dengan rombongan kedua, pakwe cu4k ada pihak nak ‘potong line’

86
0

Kisah pasangan merisik, bertunang mahupun berkahwin di bulan Syawal sudah banyak dikongsikan di media sosial sebelum ini.

Namun jarang-jarang sekali berlaku situasi yang mana seorang g4dis menerima kunjungan daripada dua pihak pada hari dan masa yang sama untuk melamarnya sebagai isteri.

Begitulah yang terjadi kepada Fatin Atirah, 22, apabila dia dan keluarga dikejutkan dengan kehadiran satu lagi rombongan pihak lelaki secara tiba-tiba pada 3 Mei lalu.

Menurut Fatin, ketika itu dia dan keluarganya sedang berbincang dengan teman lelakinya, Faiz yang bertandang ke rumah berhubung perancangan untuk melangkah ke fasa pertunangan seterusnya perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya dah lama berbincang dengan boyfriend suruh dia datang rumah supaya boleh kenal-kenal dengan mama dan abah lebih rapat. Inilah masanya nak bincang tentang hasrat dia meminang saya nanti.

“Dia dah minta izin nak datang masa hari raya kedua jadi mama siap sedia masak untuk tunggu dia datang. Kami sekeluarga semua ada termasuk nenek di sebelah mama dan abah, semua tunggu nak kenal dengan boyfriend saya tu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hati Fatin hanya terbuka untuk kekasihnya, Faiz.

Namun ketika mereka sedang berborak, secara tiba-tiba muncul sebuah kenderaan lain di depan rumah.

“Elok je boyfriend saya sampai, tiba-tiba ada kereta lain juga depan rumah.

“Saya tak kenal mereka semua selain salah seorang daripada mereka saja yang saya panggil nenek,” jelasnya sambil menambah nenek berkenaan merupakan saudara mara jauh ibunya.

Fatin yang menetap di Pasir Mas, Kelantan ini berkata, nenek datang membawa hajat untuk merisik dirinya bagi pihak cucunya.

Situasi berkenaan membuatkan semua yang berada di dalam rumah pada ketika itu panik khususnya Faiz.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, jelas terpancar wajah jejaka itu yang ‘cuak’ kerana ada pihak lain yang cuba ‘potong barisan’ ketika dia sedang berusaha menghalalkan hubungannya dengan Fatin.

Fatin tidak menyangka berdepan situasi cem4s apabila dirisik dua jejaka serentak.

Video itu setakat ini sudah ditonton lebih dua juta kali oleh pengguna aplikasi itu.

Bagaimanapun menurut Fatin yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini, dia dan keluarga terpaksa menolak lamaran nenek tersebut dengan baik.

“Nenek memang berkenan dekat saya jadi masa naik atas rumah terus dia bisik yang dia bawa cucunya untuk berkenalan dengan saya. Saya terpana tapi lepas tu saya tolak baik-baik dan beritahu yang buah hati saya pun datang nak melamar.

“Abah pun pesan pada nenek supaya tidak bercakap mengenai perkara ini pada ketika itu kerana Faiz ada di situ. Tapi nenek berkeras hingga akhirnya abah terpaksa ‘slow talk’ dekat dapur dengan dia.

Antara komen netizen di TikTok.

“Saya sendiri tetap pilih Faiz untuk dijadikan suami walaupun banyak kali nenek bertanya,” kata Fatin.

Tambah Fatin lagi, bagi menenangkan keadaan salah seorang dalam kalangan ahli keluarganya terpaksa ‘menggantikan’ tempatnya dengan menerima lamaran nenek.

“Selepas salah seorang ahli keluarga saya terima hadiah dan tanda tu, keluarga nenek tu pun bersurai dan keadaan menjadi tenang.

“Nasib baik boyfriend saya tak berkecil hati selepas saya terangkan apa yang terjadi. Dia pun dah tahu yang saya tak akan pilih orang tu walaupun situasi macam tu cukup mencabar bagi seorang lelaki,” jelas Fatin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleJumpa poc0ng tak pernah, tapi kain kafan lama perkara biasa! Penggali kubvr viral tak sangka jadi perhatian ketika beraya
Next article“Kasih Sayang Ayah Tak Dijangka” – Kendong Anak Atas Motor, Beraya Dari Batu Gajah Ke KL Buat Netizen Sayu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here