Home Petua Tips Jumpa poc0ng tak pernah, tapi kain kafan lama perkara biasa! Penggali kubvr...

Jumpa poc0ng tak pernah, tapi kain kafan lama perkara biasa! Penggali kubvr viral tak sangka jadi perhatian ketika beraya

78
0

PENGALAMAN yang menginsafkan.

Demikian kata Muhamad Harith Saring, 26, mengenai kisah dirinya yang menjadi sukarelawan penggali kubvr sejak tujuh tahun lalu.

Menurut pembantu tadbir itu, dia terpanggil untuk menjadi sukarelawan kerana risau memikirkan ramai penggali kubvr sedia ada yang semakin meningkat usia.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Ayep sempat memperincikan semula kisahnya sebagai penggali kubvr yang disifatkan penuh dengan cabaran.

ayep3

“Saya mula gali kubvr ketika habis sekolah tingakatan lima. Pada waktu itu, saya ikut kawan-kawan saja dan ia diteruskan sehingga ke hari ini.

“Awal-awal tu, tipulah kalau kata tak takut. Ada kawan yang pen4kut, ada juga kawan yang berani. Tapi kami semua nak cuba benda baru, jadi kami teruskan saja.

“Dulu, bila masuk dalam liang lahad, mesti saya terfikir bagaimana jika saya m4tisuatu hari nanti, macam mana keluarga saya nanti. Ia membuatkan saya rasa nak bertaubat, tak nak buat benda tak baik.

“Pada saya, kita anak muda kena belajar, tak boleh harapkan yang tua saja. Bila mereka dah tak larat, siapa nak ganti selepas mereka pergi? Bila tiada budak muda, maka tiadalah pewaris,” ujarnya.

Menurut sukarelawan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Selangor itu, dia terkejut apabila video proses menggali kubvr yang dikongsinya menerusi TikTok meraih lebih 7 juta tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Proses menggali kubvr dianggap sebagai satu pengalaman menginsafkan buat dirinya.

Kata jejaka bujang itu, dia turut dihujani pelbagai soalan daripada netizen termasuklah yang berunsurkan mistik selepas video berkenaan tular di platform berkenaan.

“Saya baru saja buat TikTok pada 26 Mac lalu. Saya buat TikTok sebab kawan yang suruh. Saya awalnya tak mahu kerana sedar diri ini pemalu. Tapi saya cuba atas dorongan kawan.

“Tak sangka pula video gali kubvr akan viral. Bila saya pergi beraya, ada yang tegur saya. Mereka cam saya daripada video viral itu. Ada juga yang berbisik dengan saudara sambil tunjuk ke arah saya.

Dah tujuh tahun saya gali kvbur, belum ada benda m1stik yang berlaku. Alhamdulillah, tiada apa-apa setakat ini.

AYEP

“Bila orang puji, saya rasa terharu. Di sebalik video viral itu, ada juga yang tanya mengenai cerita hantu, tanya tentang jumpa poc0ng, ular dan sebagainya.

“Tapi dah tujuh tahun saya gali kubvr, belum ada benda mistik yang berlaku. Alhamdulillah, tiada apa-apa setakat ini. Ada juga yang tanya sekiranya saya jumpa kain kafan lama ketika gali kubvr, itu perkara biasa,” ujarnya lagi.

Menurut Ayep, dia dan rakan-rakan sukarelawan bukan sahaja menguruskan jen4zah biasa, malah turut terlibat dalam pengebumian m4ngsa c0v1d-19.

ayep2

Antara sukarelawan lain yang turut bertungkus-lumus menggali kubvr bersama Ayep.

Tambah Ayep lagi, dia juga terbuka jika ada anak-anak muda yang mahu menimba ilmu dalam bidang berkenaan.

“Ada juga yang tanya nak belajar gali kubur. Saya kata boleh saja. Tapi lagi bagus kalau belajar kat tempat dia tinggal. Setiap kawasan mesti ada kubvr.

“Tapi, kalau datang tempat saya pun, InsyaAllah boleh ajar. Benda baik saya akan kongsi. Tapi sekatat ni ada yang tanya macam tu saja, belum ada yang hubungi saya betul-betul,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Awalnya Memang Berat & Susah..” – Isteri Haqiem Rusli Kongsi Pengalaman 8 Bulan Berhijab, Akui Belum Sempurna
Next articleG4dis dirisik oleh 2 jejaka serentak! Bapa terpaksa slow talk dengan rombongan kedua, pakwe cu4k ada pihak nak ‘potong line’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here