Home Petua Tips ‘G4nggu’ minat anak, ibu belajar sesuatu selepas result SPMnya terjejas… kini tak...

‘G4nggu’ minat anak, ibu belajar sesuatu selepas result SPMnya terjejas… kini tak teragak-agak hadiahkan gitar dan sepasang kambing

78
0

MENERIMA hadiah atau kejutan daripada ibu bapa merupakan momen indah bagi setiap anak.

Tidak terkecuali g4dis ini yang turut menerima sebuah gitar baharu daripada ibu bapanya.

Mesra dipanggil Cik Sal, wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pembantu prasekolah di Sekinchan, Selangor berkata, anaknya, Siti Nur Dayana Mohd Fairuz, 21, mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi.

“Dari sekolah menengah dia memang minat main alatan muzik. Dia mahir main gitar walaupun tak ada masuk kelas khas, cuma belajar sendiri dan di sekolah saja.

“Gitar pertama dia beli masa tingkatan dua. Itu pun gitar terpakai harga RM50 guna duit raya dia kumpul sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dia ada sertai band dengan kumpulan nasyid wakil sekolah dulu. Selain gitar, dia pandai main alatan muzik lain macam kongga dan cak lempong,” ujar ibunya.

Menurut Cik Sal, sebagai seorang ibu, dia berasa gembira serta menyokong penuh minat Dayana untuk terus bermain gitar walaupun hanya sekadar hobi sehinggakan dia membeli gitar baharu untuk anaknya.

Dayana minat bermain alatan muzik sejak dari zaman sekolah lagi.

Bercerita lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, gitar berharga lebih kurang RM300 yang dibeli di Shopee itu bukan sahaja sempena hari lahir anaknya pada 5 November lalu, tetapi juga kerana anaknya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

“Dulu masa keluar keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Dayana dapat 10A jadi saya belikan dia keyboard sebagai ganjaran.

Selagi apa yang dia buat tak menyalahi agama dan pelajaran dia tak terabai, saya sokong je.

CIK SAL

“Tahun lepas bila dapat tahu result Dayana dapat sambung kursus Business Marketing di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Puncak Alam, saya pun hadiahkan dia gitar baharu dan kebetulan pula tarikh birthday dia dekat-dekat je.

“Dia seronok betul bila dapat gitar tu. Sejak ada gitar baharu dia selalu mainkan lagu request daripada ayah dia tapi lagu-lagu jiwang zaman dululah,” jelas Cik Sal.

Menceritakan lebih lanjut, kata Cik Sal, keputusan cemerlang PT3 anaknya menyebabkan dia dimasukkan ke kelas Sains tulen walaupun tidak meminatinya hingga memberi kesan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya pada 2018.

“Kadang-kadang Dayana akan ke bilik muzik di sekolah sebab ada seorang cikgu muzik memang benarkan dia main cak lempong masa tu, itu caranya untuk mencari ketenangan.

Cik Sal dan suaminya menyokong penuh minat anak-anak mereka.

“Jadi bila keluar keputusan SPM saya tak salahkan dia, tapi penyesalan tu pada saya sebab saya nak dia jadi cikgu tapi dia lebih minat nak jadi business woman,” ujar ibunya.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, wanita ini menerima banyak pujian daripada netizen yang memuji sikap sebagai seorang ibu yang menyokong penuh minat anaknya.

Jelas wanita ini lagi, ada juga yang meminta dia merakam video anaknya menyanyi sambil memetik gitar baharu tersebut.

“Walaupun biasanya lelaki lebih berminat main gitar tapi saya tak kisah pun. Selagi apa yang dia buat tak menyalahi agama dan pelajaran dia tak terabai, saya sokong sebab saya nak yang terbaik untuk anak-anak saya,” jelasnya.

Menurut ibu Dayana lagi, anak g4disnya itu berbeza dengan anak lelaki yang berusia 17 tahun apabila dia kini aktif mengembala puluhan ekor kambing.

Anak lelaki Cik Sal yang minat mengembala kambing sejak dari kecil kini telah memiliki berpuluh-puluh ekor kambing.

“Anak saya yang lelaki tu suka pelihara binatang. Jadi masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya dan suami belikan dia sepasang kambing jantan dan betina. Sampai sekarang dah ada berpuluh-puluh ekor kambing dia bela.

“Saya ikutkan saja minat anak-anak. Saya ambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada Dayana. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah rezeki Dayana dapat sambung bidang dia minat juga,” ujar ibunya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleMahu Menua Bersama, Ramai Puji Lihat Video Memey Suhaiza Dan Abby Abadi “Dating”
Next article“Lebatnya Rambut Bilal..” Neelofa K0ngsi Cerita KeI4hiran Cah4ya M4ta Buat Peminat Tervja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here