Home Petua Tips GeIisah tunggu depan rumah bakal tunang, abang terbeIiak biji mata adik datang...

GeIisah tunggu depan rumah bakal tunang, abang terbeIiak biji mata adik datang beritahu hantaran naik harga…. terus jalan kepit salam bakal mentua

91
0

LUMRAH bagi setiap lelaki untuk rasa berdebar dan gugup ketika menghadapi situasi merisik mahupun pertunangan.

Turut merasai pengalaman sedemikian, Mohammad Azizul Idris, 25, yang tidak lari daripada perasaan gelisah, menanti jawapan daripada keluarga sebelah perempuan ketika kunjungan rombongan meminang oleh keluarganya.

Menerusi perkongsian di media sosial yang dibuat oleh adik perempuannya Noraina Idris, gadis berusia 24 tahun ini dilihat ‘menipu’ abangnya yang sedang gelisah menunggu di dalam kereta di hadapan rumah keluarga bakal tunangnya di Pulau Pinang ketika keluarganya pergi meminang.

Adiknya tiba-tiba datang ke kereta dan memberitahu bahawa nilai hantaran dinaikkan kepada RM15,000, bukan RM10,000 seperti yang dirancang dan reaksi cuak jejaka itu menjadi perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Masa keluarga saya pergi masuk meminang tunang abang di Bukit Mertajam, dia tunggu dalam kereta sendirian. Bila majlis selesai saya panggil abang masuk rumah.

“Sengaja saya sakat dia, tipu harga hantaran yang keluarga tetapkan. Sepatutnya RM10,000 saja dah deal sebelum tu dengan pihak perempuan.

“Saya cakap dekat dia Wey dah… RM15,000!. Bila dia dengar harga tu, terus terbeliak mata dan tanya saya banyak kali betul ke? sebab nak dapatkan kepastian,” ujar gadis ini kepada mStar.

Menurut gadis yang mesra disapa Aina ini, abangnya dijemput masuk ke rumah tunangnya selepas selesai perbincangan kedua-dua belah pihak dan kemudiannya diteruskan dengan acara menyarung cincin.

Aina dan keluarga bertolak ke Pulau Pinang untuk majlis menyarung cincin tunang abangnya.

Jelas Aina yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik, dia masih tidak dapat melupakan reaksi abangnya yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai nilai hantaran itu selagi tidak mendapat kepastian.

“Sebaik masuk rumah tunangnya dan lepas salam bakal ayah mentuanya, dia masih tengok saya dari jauh.

“Saya kesian tengok dia masa tu sebab dah gelisah. Tapi selepas saya bagi isyarat tanda gurau dan geleng kepala, dia pun OK semula.

“Ye lah, sebab sebelum ni dah setuju harga lain. Abang saya ni buat part-time kerja dengan Lalamove nak kumpul duit kahwin,” jelasnya lagi.

Bercerita lanjut, gadis ini turut mengakui dia sedih apabila abangnya mahu bertunang dan berkahwin setelah mengenali pasangannya sejak 2019.

Aina (baris hadapan, kanan) bersama adik beradik yang lain dan tunang abangnya (baris belakang, kanan).

Tambah Aina lagi, dia sangat rapat dengan Azizul yang merupakan anak keempat dalam keluarganya berbanding adik beradik lain.

“Saya rasa sedih juga masa abang kata nak kahwin. Tapi saya tak halang atau marah sebab yang lebih penting adalah kebahagiaan dia.

“Jarak umur kami pun setahun je jadi saya memang rapat dengan dia dari kecil. Saya memang dah biasa gurau kasar dengan dia dari dulu,” jelas Aina.

Susulan video ‘kena prank’ yang menjadi tular di TikTok, cara abangnya berjalan dengan gaya sopan turut menjadi perhatian.

Netizen beranggapan cara berjalan ‘kepit’ tersebut kemungkinan ada kena mengena dengan jumlah nilai hantaran yang dimaklumkan si adik.

“Lepas post video tu saya terus tidur malam tu sebab penat. Esok saya bangun tengok balik, dah viral pula. Abang saya pun OK je saya post video tu kerana anggap sebagai gurauan.

Cara jejaka ini berjalan untuk bersalam turun menjadi perhatian warganet.

“Tunang abang saya ulang tengok video tu banyak kali sebab cara jalan dia tu yang lawak. Sebenarnya abang jalan macam tu sebab seluar dia pakai hari tu agak ketat. Mungkin campur dengan perasaan nervous pula lepas saya usik pasal nilai hantaran,” tambahnya.

Aina turut menitipkan doa kepada abang dan bakal kakak iparnya supaya perancangan mereka untuk berkahwin pada Oktober 2022 dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleWarga emas gigih jual pulut kuning demi beli alat bantuan pendengaran, kesi4n tengok adakala sampai keb4s tangan
Next article“Yeah! Dapat Menantu Lagi! 2 More To Go!” – Anak Kedua Erma Fatima Selamat Bernikah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here