Home Petua Tips Warga emas gigih jual pulut kuning demi beli alat bantuan pendengaran, kesi4n...

Warga emas gigih jual pulut kuning demi beli alat bantuan pendengaran, kesi4n tengok adakala sampai keb4s tangan

59
0

USIANYA sudah mencecah 63 tahun, namun kudrat ibu kepada lima cahaya mata ini dalam mencari rezeki wajar menjadi inspirasi kepada orang muda.

Napisah Lateh sebelum ini merupakan penoreh getah, namun mula mengusahakan perniagaan pulut kuning selepas kem4tian suaminya ak1bat k4nser h4ti pada tahun 2015.

Menurut anak bongsunya, Mohamad Syamsulrizal Othman, 27, dia sedih melihat warga emas itu mengerah tenaga, namun ada sebab kenapa perniagaan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari ini.

“Mak sebelum ni tak pernah berniaga. Dia menoreh getah di kampung. Lepas ayah meninggal, dia buat pulut kuning untuk hilangkan bosan, untuk elak selalu terfikir mengenai arw4h. Dia dah biasa kerja, bila duduk rumah dia jadi bosan.

“Selain itu, mak juga nak tambah pendapatan. Dah 15 tahun mak ada mas4lah pendengaran. Dulu kerajaan pernah bagi alat bantuan pendengaran, tapi ia dah rosak. Kami juga pernah beli alat pendengaran baharu dan ia juga sudah rosak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Jadi mak nak berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran yang baharu. Sebelah pun dah mencecah harga dalam RM3,500. Kalau nak beli sepasang, mungkin dalam RM7,000.

“Kami lima beradik pun ada niat nak beli sepasang terus untuk mak, tapi kosnya tinggi. Kalau ikutkan, kami tak bagi mak buat pulut kuning, tapi dia tetap nak teruskan. Kadang-kadang kesian tengok dia sampai kebas tangan,” ujarnya yang senang disapa Syam.

syam7

Syam bersama ibunya.

Menurut pemuda itu, ibunya yang berasal dari Machang, Kelantan kini menetap bersama kakaknya di Puncak Alam, Selangor sejak p4ndem1k C0vldl9 melanda.

Syam yang masih bujang menetap berdekatan di Setia Alam, sekali gus memudahkan urusannya untuk melawat si ibu saban minggu.

Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah.

SYAM

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kami susah nak balik kampung. Jadi akhirnya mak datang ke sini dan menetap dengan kakak.

“Perniagaan pulut kuning ini turut dibantu kakak. Selain itu, mak dan kakak juga ada buat laksam Kelantan dan mi kari,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syam turut berkongsi video memaparkan kegigihan ibunya membuat pulut kuning sehingga ia meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok.

Penangan tular menyebabkan ibu dan kakaknya tidak henti-henti menerima tempahan saban hari, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga.

syam4

Napisah juga pernah ditipu pelanggan sebelum ini.

“Mak pernah kena ‘game’ dengan pelanggan. Orang tu tempah 40 bungkus pulut kuning, tapi sampai ke sudah tak datang ambil. Akhirnya mak sedekahkan pada jiran-jiran.

“Tapi Alhamdulillah, lepas video viral, tak sangka ramai followers TikTok yang nak tempah. Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah, tapi dia segan bila tahu dirinya viral,” ujar Syam lagi.

Bercerita lanjut, Syam yang kini bekerja dengan syarikat Jamumall Sdn Bhd mended4hkan ibunya juga pernah diser4ng angin ahm4r pada 2019, namun kini keadaannya sudah kembali pulih.

syam8

Pulut kuning yang dihasilkan ibu Syam.

Dalam temubual sama, Syam mewakili ibunya menzahirkan ucapan penghargan buat netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan serta mengirimkan doa kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

Tambah jejaka itu, ibunya menggunakan khidmat penghantaran Lalamove pada hari biasa, manakala Syam sendiri akan menghantar tempahan kepada pelanggan sekitar Selangor pada hari minggu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article3 Kali Kecundang, Fiza Halim Tergamam Dilamar Duda VIP
Next articleGeIisah tunggu depan rumah bakal tunang, abang terbeIiak biji mata adik datang beritahu hantaran naik harga…. terus jalan kepit salam bakal mentua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here