Gelagat murid pakai tudung sendiri, hasilnya buat guru pen1ng kep4la

Tugas sebagai seorang guru atau pendidik bukanlah perkara mudah kerana memerlukan sifat sabar yang tinggi terutamanya ketika berdepan dengan ragam anak murid.

Ada kalanya, karenah mereka mampu menyerikan suasana di dalam kelas dan menjadi penghibur hati buat guru-guru.

Namun, lain pula dengan video yang tular di media sosial sejak kemarin, apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan di sekolah telah mencvri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian seorang guru, Nur Atikah Shah di TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat telah memakai tudung dengan keadaan tidak terurus dan terbalik.

Lebih menarik perhatian, apabila label nama yang dijahit pada tudung berada di atas kepala murid tersebut.

Video:

Malah, selepas ditegur oleh gurunya, murid tersebut masih tidak mahu dibetulkan tudung yang dipakainya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

Komen Netizen:

“Comel la budak ini, terhibur tengok gelagatnya pakai tudung macam itu,” kata Deluna.

“Sebenarnya, adik ini ajar kita sesuatu, boleh pakai tudung terbalik asalkan percaya pada diri, nama terletak atas kepala,” selor0h Nor Roslina.

“Senang kerja cikgu lepas ini, tak perlu tercari-cari tunduk baca nama pelajar di bahagian depan, murid duduk, cikgu baca atas kepala mereka dah kenal,” ujar Lynnhasry Toya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/2022/02/22/gelagat-murid-pakai-tudung/?fbclid=IwAR2THByNnrXbDp4gYQlMws0XruddnIxurV5zYxz2PRX-7gb4P8YaB_RnW-U

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*