Home Petua Tips Sembilan tahun kenal satu hadiah pun tak bagi, jejaka ini tunjuk effort...

Sembilan tahun kenal satu hadiah pun tak bagi, jejaka ini tunjuk effort tempah ‘bunga pertama’ untuk bakal isteri sebulan sebelum nikah

92
0

HATI g4dis mana yang tidak cair jika menerima hadiah atau bunga terutama daripada insan tersayang.

Berbeza dengan seorang pemuda, dia tidak pernah ‘memanjakan’ g4dis yang dicintai dengan pemberian hadiah sepanjang hubungan mereka selama sembilan tahun.

Namun, sejarah tercipta apabila dia membuat kejutan apabila akhirnya menghadiahkan sejambak bunga baby’s breath saat g4dis itu sah bergelar isterinya.

Pemuda berkenaan, Syihebuddin Mustain berkata, dia mengenali isteri ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia di Gombak, Selangor.

Bermula dari terserempak sewaktu menghantar buku laporan kelas pada waktu tengah hari, jejaka berusia 27 tahun itu memberitahu, hubungan mereka semakin rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Mulanya sekadar cinta monyet sebab masing-masing baru first time bercinta. Sehinggalah saya dan dia menyambung pengajian ke peringkat degree.

“Sepanjang sembilan tahun, hubungan kami on off. Tapi biasalah, setiap hubungan mesti ada mas4lah masing-masing,” katanya kepada mStar.

bunga pertama 3

Budeen (kiri) dan isteri bernikah pada Ogos 2021.

Mengakui diri tidak romantik, Syihebuddin yang lebih mesra disapa Budeen tidak pernah memberikan hadiah apatah lagi bunga kepada pasangannya sepanjang hubungan mereka.

“Saya tak pernah beri apa-apa hadiah walaupun pada hari lahir dia. Jika ada pun, kami cuma makan bersama. Dan dia pun tak minta apa-apa hadiah, cuma nak makan saja.

“Mungkin sebab saya fikir hanya sekadar hubungan yang tak pasti dan saya memang bukan seorang yang romantik,” ujarnya yang berasal dari Gombak.

bunga pertama 6

Walaupun mengakui tidak romantik, Budeen sering melu4hkan perasaan pada insan tersayang.

Bagaimanapun Budeen merasakan ada ‘sesuatu’ antara dirinya dan pasangan, Izzatul Safiah Khairuddin, 24, sehingga nekad untuk memperisterikannya.

“Dialah wanita pilihan saya. Dia bukan seorang yang demanding, dan saya mula minat kerana inteligent dia, yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah.

“Saya habis degree pada 2020 dan terus bekerja. Dia masih belum habis belajar ketika itu. Saya cakap selepas setahun kerja, saya nak kahwin dengan dia walaupun dia habis belajar 2021.

Saya berharap pasangan yang sedang berjuang untuk menghalalkan si dia, semoga tetap kuat, jangan penat berjuang dan jangan penat untuk setia kerana sesuatu yang indah sedang menanti.

SYIHEBUDDIN MUSTAIN

“Tak mahu g4nggu study dia, saya kata biar saya uruskan semua. Dari dokumen kursus pra perkahwinan sampailah hantar dokumen ke pejabat agama di Gombak.

“Baju nikah, cincin, barang hantaran semua saya bantu asalkan majlis nikah sesuai dengan tarikh yang dirancang,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

bunga pertama 5

Ucapan menerusi pemberian bunga pada hari pernikahan.

Budeen yang bertugas sebagai jurutera berkata, tarikh pernikahan ditetapkan pada 26 Ogos 2021 dan bermulanya perubahan drastik dalam hidupnya menjelang hari istimewa itu.

“Sebulan sebelum majlis nikah, saya hubungi kedai bunga, buatkan surprise untuk isteri pada hari nikah Itulah bunga pertama saya berikan kepada seorang perempuan selepas ibu saya,” katanya.

bunga pertama 4

Budeen (kiri) dan isteri kini menempuh alam rumah tangga.

Dalam pada itu, pemuda bertuah itu turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang sedang bercinta dan suami isteri yang melayari bahtera rumah tangga.

“Saya berharap pasangan di luar sana yang sedang berjuang untuk menghalalkan si dia, semoga tetap kuat, jangan penat berjuang dan jangan penat untuk setia kerana sesuatu yang indah sedang menanti.

“Buat pasangan yang sudah berkahwin, jagalah pasangan kita lebih dari segalanya kerana itulah orang yang tiada pertalian darah dengan kita tapi ikhlas berm4ti-m4tian untuk membuatkan kita hidup tersenyum dan menangis bahagia setiap hari,” kata Budeen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.keramatviral.com/

Previous articleGelagat murid pakai tudung sendiri, hasilnya buat guru pen1ng kep4la
Next article5 Bukti Wan Sharmila Adalah Orang Yang Bakal Shuib Mahu J4dikan Jod0hnya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here