Home Petua Tips Geng Lelaki Sempoi Pergi ‘Mall’ Pakai Kain Pelikat R4ih Perhatian, “Member Masuk...

Geng Lelaki Sempoi Pergi ‘Mall’ Pakai Kain Pelikat R4ih Perhatian, “Member Masuk Air…”

71
0

Tak dinafikan kehidupan semasa muda tentunya antara fasa hidup yang menyeronokkan dan mempunyai banyak kenangan manis bersama rakan-rakan. Macam situasi yang dikongsikan ini apabila sekumpulan lelaki begitu sempoi memakai kain pelikat semasa keluar bersama.

Gelagat selamba mereka ini juga tular dikongsikan di mana video tersebut meraih lebih sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka ini yang siap keluar beramai-ramai dengan memakai kain pelikat.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan lelaki yang baru sahaja memasuki sebuah pusat membeli belah. Apa yang menarik perhatian ialah mereka hadir dengan memakai kain pelikat.

Pemilik video turut merakamkan situasi di mana mereka sedang menaiki eskalator di mana kesemua mereka hadir dengan memakai kain pelikat. Malah ada yang siap berhenti di satu sudut untuk memakai kain pelikat sambil dibantu yang lain.

baju kelawar

Lebih melucukan, kemunculan salah seorang rakan mereka yang hadir dengan memakai baju kelawar di situ. Kehadirannya itu turut membuatkan rakan-rakan yang lain berdekah melihatnya ditambah pula dengan reaksi selambanya itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat aksi selamba mereka ini. Malah ada yang turut memuji semangat mereka yang sanggup bersama-sama melakukan sesuatu yang lain daripada lain ini.

“Syok ler semua member masuk air.”

kain pelikat

“Mak dia be like: mana baju kelawar aku ni, tadi macam aku sidai kat sini.”

lelaki

“Hahaha limited betul pakai baju kelawar tu.”

komen

“Majukan kain pelikat dan baju kelawar demi negara.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleTular Penonton Jelita Belakang Shuib, Netizen D4kwa Matanya Seiras Siti Sarah?
Next article“Biarkan Pintu Rumah Terbuka..” -Nora Danish Lebih Rela Pencvri Masuk Rumah Dari Nampak H4ntu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here