Home Petua Tips Tular Penonton Jelita Belakang Shuib, Netizen D4kwa Matanya Seiras Siti Sarah?

Tular Penonton Jelita Belakang Shuib, Netizen D4kwa Matanya Seiras Siti Sarah?

57
0

Pentas akhir program ‘MSYH’ menyaksikan anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa diangkat sebagai pemenang sekali gus diserap menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.

Selain itu, kemunculan Shuib selaku juri undangan di round kedua juga seolah-olah mengubati rindu peminat selain rancak bergurau senda dengan Jep Sepahtu.

Di sebalik kemeriahan rancangan live tersebut, tak semena-mena seorang penonton jelita di belakang Shuib pula jadi tumpuan ramai. Setiap kali usahawan dan pelawak itu memberi komen kepada para finalis, kelibat wanita berbaju putih berkenaan pasti akan terakam sekali oleh lensa kamera.

Selesai program tersebut, wanita berkenaan juga sempat bergambar dengan barisan artis yang berada di sana seperti Ramona Zam Zam, Datin Lisa Surihani, Ebby Yus dan ramai lagi.

Malah tak sampai sehari, video dikongsi oleh pemilik akaun @syazana59 ini menjadi tular di aplikasi TikTok dan meraih ramai pengikut baru susulan penampilannya di kaca TV semalam.

Paling tak disangka-sangka, netizen yang sempat menyaksikan ‘MSYH’ secara live semalam mendakwa lirikan mata Syazana persis isteri Shuib, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.

Walau bagaimanapun, peminat setia pasangan selebriti itu berharap agar warganet berhati-hati memberi komen agar tidak membandingkan kedua-duanya.

Sumber : TikTok syazana59

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.viralmy.me/

Previous articleZii Jia ‘dig4ntung’ dua tahun, sumber ded4h Zii Jia main wayang? “terima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat Taiwan”
Next articleGeng Lelaki Sempoi Pergi ‘Mall’ Pakai Kain Pelikat R4ih Perhatian, “Member Masuk Air…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here