Home Petua Tips Gimik Baju Siti Nurhaliza Bertukar Dalam 5 Saat, “Wow..Terkejut Satu Malaysia”

Gimik Baju Siti Nurhaliza Bertukar Dalam 5 Saat, “Wow..Terkejut Satu Malaysia”

98
0

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pastinya ramai yang mengenali dengan penyanyi nombor satu negara ini. Kerjayanya sebagai seorang penghibur dengan personaliti sentiasa merendah diri menjadikan namanya bertahan sehingga kini.

Bukan sahaja memiliki suara lunak merdu, malah sentiasa memberikan persembahan terbaik membuatkan orang ramai mudah jatuh hati dengan insan bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini. Bagaimanapun dalam satu persembahannya di pentas AME telah mencuri perhatian ramai.


Kali ini gimik baju Siti Nurhaliza bertukar dalam 5 saat telah membuatkan ramai teruja menyaksikannya. Malah dalam satu perkongsian di Instagram, Siti Nurhaliza berkongsikan pengalamannya pada malam itu.

Menurut penyanyi itu, baju tersebut adalah rekaan Rizman Ruzaini dan pada malam itu dia perlu membuat perubahan pada busana itu sendiri tanpa pertolongan individu lain.

Berikut adalah perkongsian persembahan gimik baju Siti Nurhaliza bertukar dalam 5 saat yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik penyanyi ini:


Nampak wow sangat busana Siti Nurhaliza pada malam tersebut. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 766 ribu tontonan dan rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Punya power Datuk Seri sampai suara koir pun tenggelam”

“Terbaik! Ini baru persembahan dan penampilan Siti Nurhaliza”

“Wow..Alhamdulillah Dato Seri Ct. Terbaik. Tu la terkejut satu Malaysia”

“Tak sabar nak tengok orang remake kat TikTok”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber:HCL

Previous article“Tunggu Bunga Sekuntum Lagi Keluar” – Kandungan Dah 30 Minggu, MUA Bellaz Tak Sabar Tunggu Baby Girl!
Next articleSukar Untuk Berjalan & Bertutur Sejak Usia 2 Tahun, Ahmad Idham Gembira Anak Istimewa Dah Boleh Berjalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here