Home Petua Tips Haiwan tekak manusia! Geng kambing pelik terselamat dari jadi kari… suka makan...

Haiwan tekak manusia! Geng kambing pelik terselamat dari jadi kari… suka makan lepat tanpa daun pisang, sosej, minum susu berjenama

106
0

SAMA seperti manusia, haiwan juga mempunyai ragam atau tabiat masing-masing yang kadangkala boleh membuatkan kita tak kering gusi melihatnya.

Begitu juga dengan sekumpulan kambing ini yang mana perangai aneh masing-masing membuatkan ia nampak istimewa di mata pemilik yang sanggup mengecualikan kumpulan ini daripada disembelih dan menjadi santapan untuk majlis keraian.

Seronok berkongsi tentang kambing-kambingnya di media sosial, Azroy Abdul Manaf, 38, berkata, dia mempunyai lebih 200 ekor kambing yang siap sedia untuk dijual bagi tujuan diternak atau disembelih, namun ada sekumpulan kambing yang tidak akan sesekali dijual.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kambing-kambing tersebut mempunyai nama masing-masing iaitu – Kamaruddin, Ecah, Jhonny, Omar, Hana, Thor, Syafinaz, Yaoming dan Ahfatt.

Pemilik ladang ternakan Agro Farm di Batu 9 Kampung Sungai Salak Tambahan, Gombak, Selangor ini berkata, setiap kambing yang mempunyai nama ini mempunyai lagak ‘diva’nya yang tersendiri.

Antara yang sering menjadi perhatian adalah Kamaruddin, seekor kambing jantan yang hanya makan makanan manusia seperti lepat pisang, donat, kuih lapis, malah nasi goreng Cina.

“Kamaruddin ni sebenarnya dulu makan je rumput, tapi ada satu hari tu kepala dia tersepit masa dia makan rumput… pagi tu saya nampak, saya pun lepaskan dia, Masa saya lepaskan kepala terus dia jatuh sebab penat berdiri semalaman, memang terus tiga hari dia duduk tak bangun-bangun jadi saya mula risau.

“Masuk hari keempat dia bangun tapi tak nak makan rumput, bagi dedak tak nak, bagi makanan kambing lain pun tak nak, saya pun panik sebab dia dah makin kurus,” katanya kepada mStar.

Azroy bersama kambing-kambingnya.

Bagaimanapun, makanan manusia bagai menyelesaikan masalah dan melenyapkan kebimbangannya apabila Kamaruddin menikmatinya dengan begitu berselera sekali.

“Kebetulan masa tu sarapan pagi saya lepat pisang dengan kuih lapis, jadi saya bagi dia, nak pula dia makan tak henti-henti. Esok ulang benda sama dia makan, jadi itu la kisahnya, kalau saya bawa donat itu la dia makan.

“Air pula dia hanya minum air susu Marigold sahaja, Dutch Lady ke air kosong ke dia tak nak, hanya minum susu jenama dia suka saja… g1la tak g1la kambing saya tu,” selorohnya.

Makanan kegemaran Kamaruddin yang usianya mencecah tiga tahun ini adalah sosej.

“Lepat tu kena buka pembalutnya sebab daun pisang tu dah dikira daun (tumbuhan) jadi dia tak nak, dia makan nasi goreng Cina, tekak dia memang tekak manusia.

“Paling dia suka sosej,” katanya yang sudah lima tahun menjadi pengembala kambing.

Kambing lain yang turut mencuri tumpuan warga maya adalah Jhonny, si cilik yang aktif suka melompat seperti ahli gimnastic, Nora, si pemalas yang malas sehingga terpaksa disuap makan serta Malik dan Izuddin yang sering bergaduh sesama sendiri.

“Kambing-kambing yang diberi nama ini memang bukan untuk dijual sementara kambing yang akan dijual dipisahkan di kandang lain.

“Yang ada nama ni masing-masing berlagak diva, makan nak bersuap, rumput tak nak, dah bagi makan bising, tak dapat makan lagilah bising, tension betul.

“Kambing-kambing yang tak ada nama rileks je, beradab, sopan, makan elok, tak ada berebut, sampai waktu jadi kari,” selorohnya lagi.

Kamaruddin, Johnny dan Thor.

Selain itu ada juga biri-biri yang diberi nama Ecah yang dikenali sebagai si mulut becok yang suka menyakat, dan Gee yang terkenal dengan tabiatnya yang suka mengg1git jari.

“Gee ni dah menyusahkan saya sebab sebenarnya saya dah jual, pagi tu saya rakam video dia lepas tu petang tu saya dah jual.

“Tapi malam tu dia viral teruk pula, orang duk cari dia, jadi saya terpaksa la beli dia balik, saya jual dia RM600 tapi saya terpaksa beli balik RM700,” katanya.

Ecah (kiri) dan Gee (kanan).

Azroy berkata, selain kambing dia juga mempunyai biri-biri yang dibuka untuk jualan pada harga serendah RM900.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articlePilu lihat nasib m4ngsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan pakaian… kasihan ibu siap takut, malu bila ramai sokong jadi wakil rakyat
Next article[Video] Empat madu selamba gelak ketawa dalam satu kereta, Netizen puji suami pandai didik isteri2nya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here