Home Petua Tips Pilu lihat nasib m4ngsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan...

Pilu lihat nasib m4ngsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan pakaian… kasihan ibu siap takut, malu bila ramai sokong jadi wakil rakyat

61
0

RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah.

Biarpun Selangor dan Pahang teruk terjejas ekoran banjir yang melanda, rakyat jelata di negeri lain turut merasai dvka dan h1ba.

Malah, mereka juga tidak putus-putus menghulurkan bantuan dari segi kewangan, perkakasan rumah, pakaian dan sebagainya.

Bagi Jana Md Palil, 70, dari Pontian, Johor, derita yang dilalui m4ngsa-m4ngsa banjir ternyata meruntun emosinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Malah, kediamannya turut menjadi pusat pengumpulan pakaian terpakai sebelum ia diagihkan kepada m4ngsa-m4ngsa banjir di negeri terjejas.

Menurut anak bongsunya, Suznita Mohd Su’ib, 31, usaha mengumpul pakaian melibatkan rakan-rakan sekampung mereka sudah bermula sejak Selasa lalu.

“Sebenarnya kakak saya tanya mak sekiranya kami ada pakaian terpakai yang masih elok. Bos kakak nak buat kutipan sebelum diagihkan kepada m4ngsa-m4ngsa banjir di Selangor.

ita4

Ita bersama ibunya.

“Jadi, mak terus cari pakaian-pakaian yang masih elok untuk dikumpul. Pada masa sama, mak turut tanya rakan sekampung memandangkan dia ada group mengaji dan group tahlil.

“Jadi, ada yang datang hantar baju ke rumah. Sejak Selasa sehingga Khamis, mak susun ikut kategori. Ada pakaian bayi, pakaian dalam, baju dan seluar untuk lelaki, perempuan serta macam-macam lagi,” ujarnya yang mesra disapa Ita.

Saya sebenarnya selalu bergurau dengan mak. Mak pun memang tak nak layan mana.

ITA

Menurut suri rumah itu, biarpun kawasan tempat tinggalnya tidak ditenggelami banjir, dia tetap sedih dengan bencana yang melanda.

“Sejujurnya memang sayu tengok keadaan banjir. Mak pula tiada akses media sosial, dia hanya menonton televisyen. Saya pun selalu tunjuk video-video banjir kepadanya.

“Kesian tengok kediaman mangsa yang tenggelam hingga tinggal bumbung, ada haiwan masuk rumah dan sebagainya. Kami di Pontian belum pernah ada banjir besar.

ita2

Antara sumbangan yang dikumpul di kediaman mereka.

“Mak cerita, pernah berlaku banjir besar di Pontian ketika dia umur 15 tahun. Selepas itu, tiada lagi banjir besar berlaku. Sekarang mak pun dah 70 tahun,” ujar anak bongsu daripada sembilan beradik itu.

Dalam pada itu, video memaparkan Ita mengusik ibunya sebagai wakil rakyat Pontian gara-gara usaha gigihnya menguruskan barang sumbangan di kediamannya turut tular di aplikasi TikTok.

Kata Ita, dia sekadar berkongsi video untuk disimpan sebagai kenangan, namun tidak menyangka ia meraih hampir 80,000 tontonan di platfrom tersebut.

“Saya cakap pada mak, dah satu Malaysia tengok video dia. Dia suruh padam. Tapi saya kata ini untuk kebaikan, bukan sengaja viral.

ita3

Ita bersama kedua ibu bapanya.

“Anggap saja ini satu kebaikan untuk semua orang tengok, moga-moga orang lain pun turut sama bagi sumbangan. Selepas itu, baru dia OK.

“Saya sebenarnya selalu bergurau dengan mak. Mak pun memang tak nak layan mana. Dah dua tiga hari saya cakap supaya dia jadi wakil rakyat, dia kata tak nak.

“Komen-komen di TikTok pun ramai yang bergurau, kononnya setuju dan sokong mak jadi YB (Yang Berhormat). Seronok saya baca komen. Tapi mak kata dia malu dan takut,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleM1steri! Kucing jalanan kerap singgah rumah ada kesan calitan merah, hitam pun pernah… mungkinkah m4ngsa an1aya manusia tidak bertanggungjawab?
Next articleHaiwan tekak manusia! Geng kambing pelik terselamat dari jadi kari… suka makan lepat tanpa daun pisang, sosej, minum susu berjenama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here