Home Petua Tips ‘Menteri kuarntin 3 hari, rakyat kuarntin 10 hari’

‘Menteri kuarntin 3 hari, rakyat kuarntin 10 hari’

116
0

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Warta Kerajaan mengumumkan pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa hari ini.

Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 memberitahu bahawa jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara terkecuali daripada pemakaian seksyen 15 Akta.

Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Pengumuman terbaru ini membuatkan netizen berang kerana seolah-olah jemaah menteri mempunyai keistimewaan berbanding rakyat biasa di saat pandemik ini.

 

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang pulang dari luar negara dikurangkan dari 14 hari menjadi 10 hari, berkuatkuasa 14 Disember, selepas bukti saintifik terkini negara lain turut mengamalkannya.

‘Menteri kuarantin 3 hari, rakyat kuarantin 10 hari’

SHAH ALAM  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelonggaran tempoh kuarantin hanya tiga hari kepada menteri pulang dari lawatan luar negara bakal mengundang risiko lebih bhaya kerana Covid-19 berjangkit tidak mengira pangkat seseorang.

Najib berpandangan, keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu juga boleh membawa negara kepada keadaan lebih bvruk seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun lalu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata, secara purata virus Covid-19 mengambil tempoh lima hingga enam hari untuk proses inkubasi.

“Ada bhayanya jika mereka yang telah dijangkit, salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah disangka mereka bebas daripada Covid-19.

“Ini terbukti semasa kuarantin kendiri tiga hari pada mulanya dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah,” katanya dalam hantaran di Fcebook beliau pada Rabu.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan perintah melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota Kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri daripada 10 kepada hanya tiga hari.

Perintah itu dinamakan ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ diterbitkan Warta Persekutuan yang ditandatangani Adham berkuatkuasa pada Rabu.

Sumber : sinar dan  oiijom

Previous articleSetelah Dikatakan Dikngkong olh ‘Betina’ kata Ibu,Sekali Aiman Buka Mulut Wanita Itu Nama Farah
Next articleNiat pulang ziarah ibu tapi pulang sebagai Jenazh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here