Home Petua Tips “Hari Pertama 2022 Dah Buat Hal” -Jatuh Masa Naik Pentas, Tapi Tindakan...

“Hari Pertama 2022 Dah Buat Hal” -Jatuh Masa Naik Pentas, Tapi Tindakan Nabila Razali Dapat Pujian Ramai

58
0

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah selebriti terutamnya penyanyi apabila menjadi artis yang akan memeriahkan sesuatu majlis sambutan ambang tahun baru baik secara terbuka mahupun acara tertutup.

Hal ini samalah seperti yang dilakukan penyanyi wanita, Nabila Razali apabila menjadi selebriti jemputan untuk mendendangkan lagu di majlis sambutan tahun baru yang diadakan secara tertutup.

Namun begitu, situasi tidak dijangka apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu tiba-tiba terpelecok dan terjatuh semasa hendak menaiki pentas.

Situasi berkenaan telah dimuat naik sendiri Nabila di media sosialnya dengan menulis kapsyen ‘bagaimana dia memulakan tahun 2022’ pada ambang tahun maru malam tadi.

Walau bagaimanapun, tindakan penyanyi itu yang pandai cover selepas insiden memalukan itu mendapat pujian kerana dia tetap bangun dan kembali memeriahkan acara. Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang melihat persembahannya.

Video

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu.

Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut jatuh terduduk di lantai.

Sumber: Instagram Nabila Razali

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleAnak Mahu ‘Mak Baru’, Ibu Shuib Pula Kongsi Syarat Utama Buat Bakal Menantu
Next articleSuami Kepada PeIakon Terkenal Anita Baharom MninggaI Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here