Home Petua Tips Tvlar Berg4dvh kerana vape

Tvlar Berg4dvh kerana vape

191
0

Kuala Lumpur: Tidak puas hati kerana seorang rakan mereka khayal dan pengsan selepas menghisap vape menyebabkan berlaku perg4.duhan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainal Abdullah berkata, susulan itu polis kemudian menahan 16 individu berusia 13 hingga 25 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca perg4.duhan disebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan itu apabila seorang daripada mereka berada dalam keadaan khayal dan p3.ngsan selepas menghis4.p vape.

“Hasil ujian saringan ur1n semua t.ngkapan didapati negatif.

“Tangkapan direman selama tiga hari bermula pada hari ini untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseks4.an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya bersama-sama menjaga keharmonian masyarakat supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera.

“Orang ramai juga diminta supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber : hmetro

Previous article“Sy Tdk Mahu Ank Lagi” Sekali Wanita Ini dihalang ikat peranakan krn tiada izin lelaki
Next article[VIDEO] Terkini Struktur Besi Kren Jatuh, 2 Pekerja Dilaporkan M4.ut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here