Home Petua Tips Sudah DiTahan Lelaki Cvr1 Sekampit Beras Dan Susu.Sekali Polis Dedahkan KNP Tak...

Sudah DiTahan Lelaki Cvr1 Sekampit Beras Dan Susu.Sekali Polis Dedahkan KNP Tak Lpskan Dia Walaupun Tuan Kedai Dah Maafkan

741
0

Kota Tinggi: Polis menahan lelaki warga Indonesia yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai makan dan mencuri sekampit beras serta sekotak susu di Jalan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Kuso, di sini, jam 7.30 malam hari yang sama.

Katanya, suspek menggunakan alasan terpaksa mencuri untuk menanggung keluarga, selain memaklumkan isterinya tidak boleh bekerja sebagai pembantu kantin berikutan sekolah tidak beroperasi.

“Lelaki Indonesia itu bertaraf penduduk tetap dan berkahwin dengan wanita tempatan, selain mempunyai lima anak lelaki berusia enam bulan hingga 10 tahun.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif hero.in dan mempunyai enam rekod jena4yah lampau termasuk tiga kes d4dah.

“Kita tidak mahu menjadi satu bentuk trend dalam masyarakat melakukan jena.yah atas alasan kesempitan hidup atau desakan hidup,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis merampas sekampit beras 10 kilogram dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang didaftarkan atas nama isteri suspek.

Katanya, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 6 April untuk siasatan lanjut.

“Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan Covid-19, masih ada ruang untuk memohon bantuan meringankan beban menerusi agensi berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) mahupun ahli politik,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook (FB) kejadian kecurian di sebuah kedai makan.

TUAN KEDAI SUDAH MEMAAFKAN LELAKI TERSEBUT

Dalam pada itu, seorang netizan yang mendakwa sebagai Wakil Tuan Kedai Tampil meninggalkan satu komen mmenghalalkan saja barangan yang telah dicvrii tersebut kerana tidak mahu membesarkan perkara tersebut.

Menurut komen tu lagi, perkara seperti ini biasa berlaku dalam bandar besar, yang di dambil pun tak seberapa dan mengharapkan netizan jangan membuat sebarang andaian yang boleh menimbulkan lagi perasaan tak puas hati.

Walau apa pun tindakan tuan kedai ini harus dipuji kerana tidak mahu ambil tindakan pada lelaki itu.

Sumber : hmetro

Previous article‘Nanti Org Ingat Sy Mengada2 Pula’ Mahu Pindah Dari Rumah PPR, Norlia Ghani Terpksa Dedah Punca Sbenar
Next articleKhai Bahar Perjelas Maksud Emoji ‘love’ untuk Nabila Razali, peminat dah mula doa cepat bertemu jodoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here