Home Petua Tips “I cannot makkk nak kawen!”- Aksi Romantis Uqasha Dan Kamal Buat Ramai...

“I cannot makkk nak kawen!”- Aksi Romantis Uqasha Dan Kamal Buat Ramai Tak Keruan

105
0

Bagi peminat Uqasha Senrose, umum mengetahui pelakon itu merupakan peminat lagu Hindustan sehingga acara malam berinai selepas berkahwin juga bertemakan Bollywood pada Disember lalu.

Terbaru, pelakon berusia 30 tahun itu menghasilkan satu video ‘miming’ lagu berjudul Yeh Dil Kya Kare bersama suaminya Kamal Adli di aplikasi TikTok sebelum dikongsi semula di laman Instagram miliknya.


“Errrrt gonna delete it soon rasa macey koyaaaaa natang dua ni haha,” tulis pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

Rakaman berdurasi 36 saat itu memaparkan Uqasha dan suaminya yang juga pelakon membawa karakter masing-masing, menghayati lagu tersebut dengan penuh perasaan seperti nyanyian sendiri.

Malah, terdapat juga aksi Kamal melakukan babak romantis seolah-olah mencium pipi isterinya sekali gus membuatkan pengikut mereka teruja dengan meninggalkan hampir 700 komen pada posting tersebut.

Rata-rata memuji aksi romantis dan keserasian pasangan itu yang disifatkan ‘sweet’ sehingga digambarkan ‘bersemut’ skrin telefon bimbit mereka yang menonton video berkenaan.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.

Sumber :Instagram Uqasha Senrose, viralmy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Dah Cuba Macam Macam C4ra Tapi Tak Berjaya” -Rody KristaI Akhirnya Nek4d, lsteri Pula Lu4h R4sa..
Next article“Mar4h vet ke tu”- Aks1 Kucing ‘Mengadu’ Pada Tuan Lepas Kena Sunt1k Buat Ramai Ger4m

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here