Home Petua Tips Ibu sering tanya soalan pelik, selepas j4tuh s4kit baru anak faham apa...

Ibu sering tanya soalan pelik, selepas j4tuh s4kit baru anak faham apa maksudnya… terus resign walau baru nak bina kerjaya

65
0

SIAPA sangka gurauan seorang ibu menjadi nyata.

Begitulah yang dialami Muhammad Afiq Aiman Abu Samah apabila persoalan ibunya sebelum ini, bertukar menjadi satu ‘permintaan’.

Bercerita kepada mStar, anak muda berusia 23 tahun ini memberitahu, ibu pada awalnya bertanya sama ada dia sanggup berhenti kerja atau tidak kerana usianya masih muda.

Semasa diajukan soalan itu, dia mengakui berasa sedikit pelik dengan sikap ibunya, malahan wanita berusia 56 tahun itu sering menyebut perkataan ‘s4kit’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Disebabkan itu, saya bertanya kembali kenapa mak tanya begitu… dan dia terus cakap ‘adik kalau esok lusa mak s4kit, kamu sanggup berhenti kerja? Lagipun masih muda, mesti banyak nak pakai duit beli macam-macam… tapi mak tak ada anak perempuan yang boleh jaga’.

“Kata-kata mak sangat menyentuh hati saya dan disebabkan itu saya tekad untuk melepaskan kerja yang hampir dua tahun dilakukan.

“Pada masa sama, saya pun tak boleh fokus pada kerja selepas mak disahkan hidap str0k sebelah kiri tubuh pada November 2021. Mak juga mengh1dap peny4kit kenc1ng manis dan d4rah tinggi,” lu4hnya yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Afiq baru berusia 23 tahun.

Susulan itu, notis berhenti kerja dalam tempoh dua minggu diserahkan kepada pengurus bahagian syarikat tempat dia bekerja.

Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu, ujarnya yang mesra dipanggil Afiq, dia yakin setiap yang berlaku adalah ujian untuk dirinya sekeluarga.

Menganggapnya sebagai peluang untuk berbakti, dia reda apabila usia mudanya diabdikan untuk menjaga ibu dan keluarga.

Gambar kenangan bersama ibu, ayah dan anak saudaranya pada 2018.

“Tidak semua berpeluang menjaga mak atau ayah… tapi saya dapat, jadi memang bersyukur sangat dan impian mak untuk saya memahami erti berdikari dan tanggungjawab tercapai.

“Pada masa ini, saya diibaratkan sebagai ketua keluarga kerana perlu menjaga mak yang sedang sakit, ayah dan dua abang OKU (orang kurang upaya) kategori ment4l.

“Ayah pula akan akan memasak untuk kami sekeluarga makan,” katanya.

Menurut anak jati Seremban, Negeri Sembilan itu lagi, selepas berhenti kerja, perbelanjaan seluruh isi rumah menggunakan wang pencen bapanya.

“Duit pencen ayah dalam RM500, cukup untuk beli susu dan lampin mak… keperluan rumah pula daripada sumbangan orang yang datang.

“Oleh itu, saya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada baitulmal dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) supaya dapat meringankan beb4n ayah yang kini bekerja sebagai tukang kebun walaupun sudah berusia 64 tahun.

Keadaan ibunya sebelum str0k sebelah badan pada November 2021.

“Abang yang bekerja di Singapura pun ada kirim duit untuk tampung perbelanjaan rumah. Lagipun abang-abang memang mengamanahkan saya untuk menjaga keluarga,” jelasnya yang belum mendirikan rumah tangga.

Afiq mengharapkan ibunya dapat pulih dan kembali seperti sedia kala supaya dia dapat kembali bekerja dan membantu keluarga.

Video yang dikongsikan itu kemudian tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut memberi semangat kepadanya kerana sanggup berbakti kepada orang tua.

Amanah digalas walaupun masih muda.

“Rezeki jaga mak lagi banyak tanpa kita sedar.

“Kita yang jaga mak ayah ni adalah insan terpilih. Macam saya sudah lima tahun tidak bekerja, tapi Alhamdulillah rezeki tetap ada.

“Alhamdulillah berbakti kepada mak, lagi murah rezeki Allah beri. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Kalau diberi peluang, saya ingin putar waktu jaga arw4h mak. Rindu yang tiada berpenghujung,” ujar beberapa netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] Ramai terhibur bila Aeril Zafrel nak ded4h rahsia kepada Wawa Zainal
Next articleIsteri Tunku Mahkota Johor Santuni Bella & Kanak-Kanak Istimewa Ke Legoland

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here