Home Petua Tips Impian pernah tergendala, ibu tunggal dari Kelantan kini raih ratusan ribu ringgit!...

Impian pernah tergendala, ibu tunggal dari Kelantan kini raih ratusan ribu ringgit! Kerja keras bukti tak perlu bergantung hidup pada lelaki

105
0

ANAK mana yang tidak sanggup mengorbankan impian demi menunaikan hasrat ibu bapanya?

Mengakui pernah melalui situasi itu, wanita berusia 30 tahun ini memberitahu, dirinya rela melupakan ‘cita-cita’ untuk menjadi pakar kecantikan demi segulung ijazah.

Bercerita kepada mStar, Nor Farahin Mohd Rukman berkata, demi memenuhi impian ibu dan bapanya, dia menyambung pengajian dalam bidang juruukur bahan (QS) bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar di Perak.

Namun katanya, bidang pengajian yang diambil itu sebenarnya bukanlah pilihan utama, tetapi hanya sekadar melengkapi borang permohonan ke universiti ketika itu.

Kejayaan yang dimiliki mendorong Farahin membantu individu lain.

“Dulu kan kena isi lima kursus yang kita nak mohon, QS ni saya letak paling bawah sebab nak penuhkan kuota saja. Tak sangka pula, itu yang saya dapat. Walau bagaimanapun, saya terima dan nekad untuk fokus sehingga degree (Ijazah Sarjana Muda).

“Seperti pelajar lain, saya percaya pada rezeki selepas tamat pengajian kerana rezeki Allah begitu luas. Saya cuba cari kerja sebagai QS tetapi tidak berjaya dan pada masa itu saya sudah hamil selepas berkahwin di tahun akhir degree.

“Tapi saya tetap usaha mendapatkan kerja menggunakan sijil akademik yang dimiliki sebab faham akan ada tanggungjawab yang besar selepas bersalin selain menjaga ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kejayaan yang dimiliki mendorong Farahin membantu individu lain.

“Apabila kita percaya pada rezeki Allah, walaupun banyak resume dihantar kepada beberapa syarikat dan dijawab dengan ‘duk4cita tidak berjaya’, saya tetap terima dengan reda. Kalau ada pun, gaji yang ditawarkan sangat tidak berpatutan dengan skop kerja.

“Alhamdulillah, akhirnya Allah tunjukkan rezeki yang sebenarnya dan saya sendiri tidak sangka mempunyai kerjaya dalam bidang yang diminati sejak kecil iaitu beauticianbeauty is my passion,” ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Meminati bidang kecantikan, dia yang lebih mesra disapa Farahin berkata, kerjaya jurusolek (MUA) adalah sangat luar biasa kerana ia memerlukan tanggungjawab yang besar.

Malah, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu amat berbangga dengan kerjaya tersebut dan gembira apabila melihat kaum wanita kini tampil menjaga penampilan diri terutama hari perkahwinan.

Walaupun sudah bercerai, anak-anaknya tetap mendapat kasih sayang seorang bapa.

Walaupun sudah bercer4i, anak-anaknya tetap mendapat kasih sayang seorang bapa.

Mengimbau kembali impiannya yang pernah tergendala, ujar wanita tinggi lampai itu lagi, dia meminati bidang kecantikan sejak dari zaman sekolah.

Menurut Farahin, seawal usia remaja dia sudah mengenakan mekap untuk keluar rumah selain menggayakan kanta lekap sejak umur 13 tahun.

“Dari zaman sekolah saya dah belajar mekap untuk muka sendiri bila nak keluar rumah. Sewaktu di tingkatan 1, saya mula pakai contact lens (kanta lekap) dan akhirnya hobi tu bertukar kepada kerjaya,” luahnya sambil berjenaka tidak sia-sia ‘bermain’ mekap sewaktu kecil.

Selepas berjaya membina ’empayar’ dalam bidang persolekan dan mempunyai nama yang gah sebagai MUA, dia memasang impian untuk membantu golongan wanita terutama suri rumah menjana pendapatan sampingan.

Ia bukan hanya dapat membantu pelanggan saya mendapatkan kulit yang cantik tetapi turut membantu pengikut di laman sosial mencari rezeki sampingan sebagai dropship.

NOR FARAHIN MOHD RUKMAN

“Perjuangan dalam mencari rezeki ini tidak pernah putus. Mempunyai kerjaya yang stabil sebagai MUA dengan pendapatan paling kurang RM10,000 sebulan membuatkan saya berazam untuk membantu individu lain mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan mereka.

“Paling tidak disangka, selepas isu penceraian saya tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen… rezeki saya semakin bertambah. Oleh itu, bagi mengelakkan terus dibelenggu rasa sedih itu, saya sibukkan diri dengan menyertai bisnes pula, saya menjual beberapa produk kecantikan.

“Ia bukan hanya dapat membantu pelanggan saya mendapatkan kulit yang cantik tetapi turut membantu pengikut di laman sosial mencari rezeki sebagai dropship,” ujarnya.

Antara kejayaan yang berjaya dilakarnya.

Antara kejayaan yang berjaya dilakarnya.

Katanya, perniagaan yang baharu diceburi kira-kira setahun itu berjaya membuktikan bahawa dirinya sebagai wanita boleh berdikari dan tidak hanya bergantung hidup pada lelaki.

“Bisnes bersama pengasas Dr Rahimie dan Dr Safuan tu betul-betul saya mulakan selepas bercerai sebab tak mahu masa banyak terluang. Bila banyak masa, ia akan membuatkan saya teringat balik kenangan-kenangan dahulu.

“Kedua-dua mereka juga yang banyak memberi nasihat dan membantu saya menguruskan masalah sepanjang tempoh saya bersedih,” tambahnya.

Tambahnya, dengan bantuan kedua-dua individu yang dianggap sebagai ‘abang’ itu, dia berjaya membuat jualan sehingga ratusan ribu ringgit dalam tempoh empat bulan secara sambilan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Jadilah dikau anak yang sentiasa berpegang teguh…,” – Tokti titip ucapan hari lahir buat anak tercinta
Next articleZul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri – “Tak Pernah Terbayang Saya Akan Dapat Hadiah Hebat Seperti Ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here